PELIK

Falling Stars Challenge Cabaran Mempamerkan Kekayaan Cara Bodoh


Falling Stars Challenge Cabaran Mempamerkan Kekayaan Cara Bodoh | Mungkin makin kaya seseorang itu makin dia mempunyai masa lapang sehingga tak tahu nak buat apa dengan masanya. Jadi terciptalah trend Falling Stars Challenge yang kini sedang viral dan berjaya membuatkan orang jadi menyampah tengok gambar yang dikongsi oleh peserta cabaran tersebut. Daripada membuat cabaran yang lebih berfaedah seperti 'Cabaran Mengemaskan Meja Makan Selepas Makan Di Restoran Segera', 'Cabaran Beratur Semasa Menaiki Bas', 'Cabaran Membukakan Pintu Untuk Orang Yang Membawa Banyak Barang', 'Cabaran Memanjat Tangga Nak Pergi Ke Satu Tingkat Yang Kau Pergi Naik Lif Buat Apa Berat Sangat Ke Kaki Kau Nak Pergi Satu Tingkat Je Pun'... wujud golongan yang menyangka mereka telah menyumbang kepada masyarakat dengan mengambil gambar mereka buat-buat mati di tengah jalan.


Falling Stars Challenge merupakan cabaran online di mana orang-orang kaya yang tiada kerja berfaedah akan mempamerkan kekayaan mereka dalam keadaan jatuh tersungkur seolah-olah mereka sudah mati daripada kenderaan mewah, atau di tempat mewah dengan barang-barangan berjenama terkenal bertaburan di sekeliling wajah mereka, melalui gambar yang dimuatnaik dalam akaun media sosial mereka. Kebanyakan yang melakukan aksi Falling Stars Challenge ini terdiri daripada golongan selebriti dan influencer yang kaya dan sentiasa memperbaharui status mereka dalam media sosial, sebab itu ia dinamakan Falling Stars. Asal-usul Falling Star Challenge ini bermula di Russia, apabila golongan kaya berlumba-lumba memuatnaik gambar mereka terjatuh daripada jet peribadi, helikopter, kapal layar, bot dan Lamborghini masing-masing. Mungkin mereka patut menamakan cabaran ini sebagai The Crazy Rich Russians Challenge

Namun begitu, trend ini memperlihatkan makin ramai golongan biasa yang terikut-ikut dengan kegilaan ikon selebriti dan influencer yang mereka minati lalu meniru perbuatan memuatnaik gambar-gambar mereka jatuh tersungkur sambil acah-acah mati dalam keadaan bergaya.


Ada juga golongan kaki fotografi yang melihat Falling Stars Challenge ini sebagai cabaran bagi mereka menghasilkan gambar jatuh tersungkur sebagai karya yang penuh kreatif dan berseni.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

PeRdU cINta said...

Rasa sedih bila tengok..rasa tak wajar..tapi yelah hak masing-masingkan...

ejulz said...

hahahaaaa.. ada jugak challenge pelik2 camni.. haha

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.