Adakah Ejen Dayang Mak Ejen Ali?


Adakah Ejen Dayang Mak Ejen Ali? | Dalam hujung adegan episod akhir musim kedua Ejen Ali, ramai peminat yang membuat andaian bahawa Ejen Dayang merupakan mak kepada Ejen Ali berdasarkan kenyataan mengejut oleh Ejen Dayang dalam sedutan video berikut...


Namun benarkah Ejen Dayang mak kepada Ejen Ali? Terdapat beberapa persoalan yang berlegar tentang kesahihan andaian tersebut.


Mengapa Ejen Dayang Mungkin Mak Ejen Ali

  1. Wajah mak Ali seiras wajah Ejen Dayang dan kedua-duanya bertudung.
  2. Dalam episod MISI: ANALOG mak Ali telah membina konsol permainan untuk adiknya Bakar di sekolah. Mak Ali memiliki kepakaran dalam membuat alat-alat berteknologi.
  3. Ejen Dayang juga memiliki kepakaran membuat alat-alat berteknologi tinggi seperti I.R.I.S.

Mengapa Ejen Dayang Tak Mungkin Mak Ejen Ali

  1. Dalam episod MISI: COMOT ayah Ejen Ali, Dr. Ghazali, mendedahkan bahawa mak Ali telah meninggal dunia.
  2. Nama mak Ali ialah Aliya.
  3. Ejen Dayang merupakan salah seorang ketua TERAS yang veteran, oleh itu ada kemungkinan dia jauh lebih tua daripada usia mak Ali (berdasarkan usia Bakar 28 tahun, maka mak Ali dianggarkan berusia 30 tahun lebih. Ejen Dayang mungkin dalam sekitar 50 tahun).
  4. Ejen Zain berkata kepada Ejen Ali bahawa mak Ali merupakan seseorang yang dia PERNAH kenal. Tak mungkin dia merujuk kepada Ejen Dayang kerana mereka masih berinteraksi sesama sendiri.
Apakah pendapat anda... ada kemungkinan ke Ejen Dayang ni mak Ali?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

Farhana Jafri said...

hahahaha blur bila baca sebab tak follow pun cerita ni tapi usia ejen dayang tu jauh beza sangat dengan mak ali

apekinahdotcom said...

Hmm mungkin ye mungkin tidak. Kalau betul ya ejen dayang tu mak Ali mungkin mereka ada reason sendiri kenapa merahsiakan semua tu daripada Ali. Apa-apa pun kena tunggu musim baru akan datang

Siti Yang Menaip said...

ahahah serious akak baca. okay x tengok citernya tapi nama Ejen Ali tu penahla dengar =D

Unknown said...

Tak mungkin la...muka ejen Ali jauh beza kut dengan muka ejen Dayang saya tengok muka dia lebih seiras dengan ejen Aliya

Anonymous said...

Rasa ejen Dayang tu Nenek Ejen Ali..

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.