Satu video disiarkan oleh kumpulan Paranormal Aktiviti Mistik yang bertempat di sebuah rumah lama ditinggalkan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Satu lagi video oleh kumpulan Aktivator Crew Paranormal yang berlangsung di hotel Amber Court yang dikatakan berhantu di Genting Highlands, Pahang.
Video oleh Paranormal Aktiviti Mistik dalam sebuah rumah usang di kawasan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Video oleh Aktivator Crew Paranormal yang bertempat di sekitar kawasan Hotel Amber Court di Genting Highlands, Pahang.
Kumpulan Aktivator Crew Paranormal pula terdiri daripada jumlah ahli yang besar termasuk dari kalangan wanita. Tempat yang mereka pilih untuk menjalankan pemburuan hantu merupakan bangunan yang terkenal dengan kisah seram dan pernah difilemkan tahun lepas. Ayuni teringat dulu Ayuni dan rakan-rakan blogger pernah mendapat e-mail misteri dari PR yang menjemput blogger untuk bermalam di Hotel Amber Court sempena tayangan filem seram berkaitan hotel itu. Ramai blogger yang menolak tawaran tersebut.
Berbalik kepada video Aktivator Crew Paranormal, kumpulan itu meneroka kawasan parkir, ruang tangga, luar bangunan, serta bukit dan semak-samun berdekatan. Kaedah kumpulan ini menjalankan siasatan paranormal agak menarik dan tidak membosankan walaupun tidak semaju kaedah paranormal Barat. Apa yang tak best tentang video ini ialah rakaman sentiasa terganggu dan terhenti (kebanyakan penyiasat paranormal Barat kata biasanya memang begitu kalau berada di kawasan "keras"), namun pencarian mereka di hujung rakaman nampaknya seperti membuahkan hasil apabila beberapa ahli terserempak dengan sesuatu yang dikatakan "mempunyai wajah" di sebalik semak-samun.
Penampakan lembaga yang dikatakan mempunyai wajah dan berambut panjang di sebalik pokok dalam video Aktivator Crew Paranormal. Nampak tak? Betulkah itu hantu?
Adakah kebetulan kedua-dua video live ini muncul dalam Facebook Timeline Ayuni? Tak tahu kenapa Ayuni yang rasa diri sendiri seperti hantu semasa memerhatikan apa yang kedua-dua kumpulan ini buat ketika mereka menjalankan aktiviti siasatan paranormal mereka.
2 Komen:
Mujur baca di siang hari huhuuu
Fuhh seram jugak tapii nasib baik baca hari masih siang
Catat Komen