Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

REVIEW

Cadbury Kopi-C Baru Khas Untuk Peminat Kopi


Cadbury Kopi-C Baru Khas Untuk Peminat Kopi | Masa Ayuni singgah di kedai TMG3000 terjumpa coklat Cadbury perisa kopi yang baru ini. Rasanya tak pernah lagi jumpa coklat Cadbury yang berperisa kopi. Apa yang menarik ialah perisa yang diperkenalkan ialah Kopi-C, yang berasal daripada slanga Malaysia merujuk kepada minuman kopi si (kopi campur susu sejat). Rasa dia memang lebih kepada kopi berbanding coklat... manis tetapi lebih pahit berbanding coklat bittersweet. Malah baunya saja pun bila dah buka bungkusan pembalut keluar aroma kopi. Sesuai untuk para peminat kopi yang juga meminati coklat Cadbury. Oh, coklat Cadbury Kopi-C ini dikeluarkan khas untuk Malaysia sahaja jadi tak ada ditemui di mana-mana negara lain.

Penafian oleh Ayuni Rafilah

Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik.

2 Komen:

  1. Kopi C tu kalau order kat kedai kopi, bermakna kopi tu dibancuh dengan susu sejat. Zaman dulu-dulu selalunya jenama Carnation, so jadilah nama Kopi C... ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh... padanlah namanya kopi C. Huruf C untuk susu Carnation rupanya. Baru tau ni.

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.