Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PELIK

Budak Perempuan 5 Tahun Jadi Ibu Termuda Dalam Sejarah


Budak Perempuan 5 Tahun Jadi Ibu Termuda Dalam Sejarah | Bagaimanakah perasaan anda apabila mendapat tahu orang terdekat anda sudah mengandung dan bakal melahirkan anak? Bagaimana pula jika ibu yang mengandung itu baru berusia 5 tahun? 

Pada tahun 1939 sepasang suami isteri di Peru berasa risau apabila melihat perut anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menjadi semakin besar dan memboyot dalam masa beberapa bulan. Bimbang bahawa anak mereka mungkin menghidapi ketumbuhan dalam perut, pasangan tersebut segera merujuk keadaan anak mereka pada seorang doktor di Lima. Setelah melakukan diagnosis, Dr. Gerardo Lozada terkejut dengan penemuan ke atas pesakit ciliknya, Lina Medina. Gadis kecil tersebut bukan mengalami penyakit ketumbuhan dalam perut, sebaliknya disahkan mengandung 7 bulan!

Lina Medina dengan perutnya yang makin membesar. Dr. Lazado mengesahkan gadis kecil tersebut bukan menghidap ketumbuhan dalam perut, tetapi sedang mengandung 7 bulan.

Hal ini memang mengejutkan kerana tidak normal bagi seorang wanita mampu melahirkan anak sekiranya dia belum mencapai peringkat kitaran haid yang menandakan akil baligh wanita. Dr. Lozada meneruskan siasatan ke atas Lina dengan mengambil gambar x-ray bahagian rahim Lina, membuat ujian hormon dan pelbagai jenis ujian lain bagi mengesahkan semula bahawa kanak-kanak perempuan itu sememangnya mengandung. Tidak lama kemudian Dr. Lozada mendapat tahu bahawa Lina telah melalui proses kematangan yang tidak normal dan terlalu awal bagi usianya. Lina dikatakan mula menjalani kitaran haid pada usia 2 tahun dan sudah mempunyai organ reproduktif yang terbentuk sempurna seperti wanita matang pada usia 4 tahun. 

Lina Medina bersama Dr. Lozada dan bayi lelaki Lina yang diberi nama Gerardo, sempena nama Dr. Lozado (Gerardo Lozada).

Bapa Lina ditahan reman atas tuduhan rogol kerana disyaki menyebabkan Lina mengandung. Namun begitu dia segera dibebaskan kerana ketiadaan bukti. Lina juga tidak dapat mengenalpasti siapa yang telah mencabulnya sehingga menyebabkan dia mengandung. Pada bulan Mei 1999, Lina berjaya melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan sempurna dengan berat 2.7kg. Disebabkan pinggulnya yang kecil dan tak mampu meneran keluar bayi, Lina terpaksa melalui pembedahan Caesarean bagi mengeluarkan bayi dalam perutnya. Bayi lelaki itu diberi nama Gerardo sempena nama Dr. Lozada.

Lina Medina mendukung bayinya yang diberi nama Gerardo. Lina mencipta sejarah apabila menjadi ibu termuda dalam dunia pada usia 5 tahun.

Sepanjang Gerardo membesar bersama Lina, dia menyangka bahawa Lina ialah kakaknya. Gerardo cuma mengetahui bahawa Lina ialah ibunya ketika dia mencecah usia 10 tahun.

Antara foto dari suratkhabar ketika kisah Lina Medina serta anaknya Gerardo menjadi sensasi di seluruh dunia. Namun ada juga yang mendakwa kisah Lina hanya cerita rekaan.

Semasa Lina menjangkau usia remaja, dia bekerja sebagai setiausaha di klinik Dr. Lozada dan menggunakan gaji yang diterimanya bagi Gerardo mendapatkan pendidikan di sekolah. Sepanjang masa berikut Lina serta keluarganya tidak pernah mendedahkan kisah mereka kepada pihak media walaupun ramai wartawan dan penulis menawarkan bayaran lumayan untuk menulis kisahnya. 

Lina Medina sekarang

Pada tahun 1970an Lina, yang pada ketika itu berusia 37 tahun, berkahwin dengan seorang lelaki bernama Raul Jurado. Lina dan Raul menimang cahaya mata dua tahun berikutnya. Kini Lina menetap di Chicago Chico bersama keluarganya dan masih sihat bertenaga pada usia 84 tahun. Malangnya anak pertamanya Gerardo hanya sempat melihat dunia sehingga usia 40 tahun.

Penafian oleh Ayuni Rafilah

Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik.

5 Komen:

  1. Ya Allah.. muda sangat tu. Macam tak percaya pun ada ni

    BalasPadam
  2. Awalnya akil baligh. Siapa agaknya bapa anak tu..

    BalasPadam
  3. Fuhhh pelik bin ajaib betul kisah ni.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.