Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

REVIEW

Review Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel


Review Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel | Sejak berpindah ke Kuantan ni perkara yang paling ketara berlaku pada diri Ayuni ialah kulit Ayuni mula menjadi kering dan kusam disebabkan cuaca terik di sini. Masa balik ke KL waktu raya hari tu pun ramai komen kata Ayuni nampak lebih gelap daripada biasa. Iya lah... di KL bangunan semua rapat-rapat dan terlindung daripada cahaya terik matahari. Bila berjalan kaki di luar pun tetap tak rasa panas sebab boleh dapat air-con di mana-mana termasuk dalam kenderaan pengangkutan awam. Kuantan ni dekat dengan kawasan laut, jadi bahang dia memang lain macam. 

Makin lama kulit jadi makin perit sebab dah terlalu kering, sampai rasa tak selesa. Oleh itu Ayuni pun turun ke Watson's di East Coast Mall untuk cari krim pelembab yang boleh meredakan kulit wajah kering. Kebetulan pula di hujung bulan Jun lepas Watson's ada buat sales untuk beberapa produk kecantikan dan penjagaan kulit. Masa ni Ayuni ternampak Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel dijual pada harga diskaun 50% (dari RM52 turun jadi RM26). Tinggal satu kotak saja dalam stok sebab dah ramai orang beli dulu. Disebabkan kotaknya tertulis "keeps skin fresh and moist throughout" (memelihara kulit agar segar dan lembap sepanjang masa) maka Ayuni pun beli juga kotak yang terakhir tu.

Inilah dia Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel terakhir yang Ayuni beli dari Watson's di East Coast Mall. 

Dalam kotak ada sebotol krim Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel seberat 50g. Mula-mula masa pertama kali pakai Ayuni tak yakin dengan kesan dia sebab dia tak menyerap dalam kulit dengan cepat macam sesetengah losyen muka yang Ayuni pernah guna sebelum ni. Tetapi Ayuni teringat yang produk ni dalam bentuk gel berasaskan air dan fungsi dia untuk melembapkan kulit, jadi Ayuni cuba dulu untuk beberapa hari sebelum buat kesimpulan.

Rupa isi dalam botol Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel. Tekstur dia terlalu cerah dan jernih macam air sampai Ayuni terpaksa gelapkan latarbelakang foto.

Tengok pada gambar atas nampak tekstur dia jernih macam air. Memang terasa macam pakai air bila sapu dekat kulit. Paling best bila pakai lepas dah sejukkan dalam peti ais... kulit rasa nyaman sekali seperti berada di kawasan pergunungan tinggi (atau sekurang-kurangnya macam berada di Cameron Highlands).

Setakat sehingga hari ini Ayuni pakai tak ada tumbuh jerawat kecil macam sesetengah pengguna Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel cerita dalam review mereka. Mungkin sebab ia bergantung kepada jenis kulit. Kebetulan kulit muka Ayuni dah jadi kering tahap pakai bedak nampak bercapuk. Sekarang dah jadi okey balik.

Antara kandungan utama Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel ialah hyaluronic acid yang berfungsi untuk melembapkan kulit secara alami dan memiliki nilai pH 6.5, jadi ia sesuai untuk kulit sensitif. Bagi Ayuni, produk ni okeylah untuk dipakai sebagai pelembap (moisturizer) lepas dah cuci muka dan pakai toner. Nak gunakan sebagai sleeping mask pun boleh. Tetapi kalau nak tegangkan kulit, kurangkan bintik hitam dan menghilangkan garisan halus/kedutan baik cari produk lain, sebab Bio-Essence Miracle Bio Water Moist-In Water Gel cuma fokus pada menyegarkan, menyejukkan dan melembapkan kulit wajah. Lagi satu, penting juga untuk minum banyak air bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

  1. kita terbeli rose gold water sebab yang ni dah takde stok. kita tgok mcm mana outcome dia nanti ๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
  2. Haah best. Macam pakai air. Masa tengah SALE ni lah baru terbeli. Dah lama mengidam moisturiser yang satu ni. Best gila ! Auni pakai lepas lumur ais pada muka.

    BalasPadam
  3. terbaek produk ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    BalasPadam
  4. Review mcm menarik ni ... Nak try nnt, tp kena tunggu sale la dulu ni baru nak beli, hehe.

    BalasPadam
  5. Salam sis .. masih guna produk bio essence lagi ke ? Sy sampai skrg masih gunakan produk ni lagi .. mmg puas hati pakai tp bertambah puas hati sb dpt beli semua produk keluaran bio essence ni murah dr mana2 tempat sb suami sy bekerja kt manufacturing bio essence ni.. so dptlah harga staf yg sgt berbaloi.. hihi .. sy fhm yg kt luar sana ada yg mengidam nk guna tapi fhm2lah mmg mahal..jadi klu sesiapa nak dptkan harga kilang, pm lah sy .. boleh sy tolong . 017-3919614 - sekadar membantu, sharing is caring ..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.