Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PELIK

Rakaman Foto Google Maps Yang Pelik, Menarik Dan Menyeramkan Di Kuantan

Rakaman Foto Google Maps Yang Pelik Dan Menarik Di Kuantan | Masuk hari ini sudah genap 7 bulan Ayuni bertapak di Kuantan kerana kerja. Namun tak semua tempat di Kuantan Ayuni sempat terokai lagi. Semalam Ayuni meluangkan masa "bersiar-siar" di Kuantan secara virtual (alam maya) dari komputer dengan menggunakan Google Maps. Bermacam-macam tempat dapat dilihat melalui rakaman Google Satellite dan tak kurang juga terdapat pemandangan yang pelik dan menarik di Kuantan. Foto terakhir tu yang paling misteri dan menyeramkan...


1. Gimik Saiz Hidup?

Itu orang atau patung yang tengah mengayuh basikal di kedai ini?



2. Sosok Lembaga Tersembunyi

Apa yang tengah menyorok di sebalik dinding tu? Mungkin itu hanya orang gelandangan. Walau apa pun foto ini memang nampak menyeramkan...



3. Rahsia Di Sebalik Dapur

Pemandangan di belakang sebuah restoran Arab berdekatan kompleks membeli-belah Berjaya Megamall. Seorang lelaki dipercayai staf restoran sedang menghisap rokok di belakang dapur. Kelihatan getah paip, tong gas, periuk makanan serta span sabun cuci pinggan terletak di atas lantai kaki lima yang berlecak. Hilang selera melihat foto ini. Jauh berbeza rupa belakang kedai dengan bahagian depan kedai yang nampak cantik dan mewah. Dahlah ramai orang rekemen makan di kedai ini. Nasib baik Ayuni belum pernah makan lagi di sini.



4. Geng Saga Buruk

Kereta Saga lama ini menarik perhatian Ayuni kerana ia merupakan model 1985 yang telah diubahsuai banyak kali. Tuan punya kereta juga mungkin seorang yang gemar mengumpul stiker kereta.



4. Tiada Jurang Perbezaan

Agak menarik apabila melihat lokasi perkarangan kubur Kristian betul-betul berada di depan Masjid Tanjung Api. Jarang nampak pemandangan seperti ini di masjid-masjid lain.



5. Seindah Bunga

Bila dilihat dari atas langit, Jalan Pintasan Kuantan mirip bentuk bunga raya.



6. Roda Jalanan

Lokasi di IM 2. Kenapa dua tayar ni terbenam di tengah-tangah jalan? Adakah ini pembahagi jalan di kawasan perumahan ini?



7. Sungai Tenang Jangan Disangka Tiada Burger

Pemandangan indah dari tingkat dua restoran McDonald's di Kuantan Waterfront. Tidak lama lagi McDonald's akan mengadakan promosi All-You-Can-Eat Durian McFlurry pada 17 Julai ini. Sila ke link ini untuk mengetahui tentang event secara lanjut: https://www.mcdonalds.com.my/promotion/all-you-can-eat-d24-durian-mcflurry



Antara kesemua gambar rakaman Google Satellite di atas, rasanya gambar terakhir di bawah ini paling menyeramkan...


8. Lembaga Hitam Misteri Tepi Kubur

Semasa melintasi kawasan perkuburan Islam di Jalan Lorong Sekilau, Ayuni ternampak sesuatu yang pelik dalam rakaman foto ini. Kelihatan ada lembaga atau objek berwarna hitam di sebelah salah satu kubur berdekatan jalan. Apabila gambar dizoom dengan dekat, ia bukan batu nisan kerana kedudukannya bukan di hujung tetapi di sebelah tepi batu kubur putih. Nak kata daun pokok dalam gambar, ada bayang di sebelah lembaga/objek tersebut. Sekali imbas rupanya seperti seekor monyet sedang duduk bertenggek di tepi kubur. Apakah itu agaknya? Memang misteri...

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. Haish tetiba rada seram pulak bila tengok gambar yang akhir tu

    BalasPadam
  2. itu batu nisan yang dibungkus dengan kain hitam.

    BalasPadam
  3. kalau siang hari susah tengoh benda ini semua..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.