Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Pengasuh Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Ais


Pengasuh Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Ais | Bagai adegan dalam filem seram, seorang bayi yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui dalam sebuah peti ais dalam keadaan tidak bernyawa. Mayat bayi berkenaan ditemui lengkap berpakaian dan disumbat dalam beg berwarna hijau. Kejadian terbabit dilaporkan berlaku di rumah pengasuh bayi tersebut di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

Adam Rayqal yang berusia 5 bulan dilaporkan hilang dari rumah pengasuh yang diupah oleh ibu bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves sejak petang semalam. Pengasuh mendakwa bayi berkenaan telah diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali menyamar sebagai bapanya. Hasil siasatan berikutnya mendedahkan bahawa pengasuh tersebut telah memberi keterangan palsu tentang kehilangan Adam. 


Bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, turut memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan. 

Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat. Sementara itu polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Kronologi Kes Penemuan Adam Rayqal


Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. Sedih dengar cerita ni pagi tadi..

    BalasPadam
  2. Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    BalasPadam
  3. sedih aaaa baca news ni pepagi td ....

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.