BERITA

Pembinaan Kuil Ketiga Yahudi Di Atas Tapak Masjid Al-Aqsa


Semasa entri ini ditulis, orang Islam di Quds dan Palestin sedang bertungkus-lumus menjaga dan memelihara Masjid Al-Aqsa sekalipun mereka berada dalam penderitaan di bawah kuasa penjajah rejim Zionis. Mereka sanggup menggadai nyawa dengan hanya bersenjatakan batu demi mempertahankan kehormatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa daripada pencerobohan kaum Yahudi. Sejak tahun 1967 lagi kaum Yahudi telah melakukan ratusan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa dengan mengorek lubang di bawah masjid. Pencerobohan paling keji ialah operasi membakar Masjid Al-Aqsa pada tahun 1969 dan tindakan untuk meledakkan Masjid al-Aqsa pada tahun 1984. 


Dalam pertemuannya dengan Dr Maszlee Malik yang membincangkan buku penulisannya berjudul "Al-Aqsa di Ambang Kehancuran (2010)”, wartawan Azlinariah Abdullah dari Astro Awani menceritakan Dr Maszlee berkata orang Yahudi berkempen secara fanatik untuk mengorek kawasan bawah tanah Masjid Al-Aqsa serta persekitarannya. Ada yang telah meratakan tanah di tapak  supaya menjadi satu kawasan lapang yang digunakan orang Yahudi untuk melakukan ibadat ekalipun tempat itu adalah tanah wakaf kepunyaan Islam.

Kuil seluas 14.4 hektar.itu dilaporkan sedang dibina di atas tapak Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di Baitulmaqdis.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 7 Disember 2017 yang lalu.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.