Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TIPS & RAHSIA

Cara Memilih Durian Yang Baik Dan Sedap


Cara Memilih Durian Yang Baik Dan Sedap | Musim durian sekarang ni mesti ramai yang terliur tengok durian berlambak-lambak dijual di tepi jalan. Ada setengah tempat tu pula pergi buat pesta durian. Maka penuhlah timeline di laman sosial dengan gambar durian...

Terus terasa nak beli durian. Yang mengidam nak makan durian tu tak usah cakaplah, malam-malam pun mengigau kata nak merasa walau seulas pun jadilah. Kadang-kadang ada saja yang lalu depan gerai menjual durian... cuma masalahnya takut terkena dengan segelintir peniaga yang menipu. Masa nak membeli dia tunjuk durian dengan isi yang cantik. Tetapi bila bawa balik lain pula isinya. Isi lembik, masam dan tak banyak ulas. Dahlah mahal, sebiji sampai RM50. Penat-penat bawa durian yang berat ke rumah, masuk ke dalam tong sampah akhirnya.

Jadi macam mana nak atasi masalah daripada terkena tipu oleh peniaga durian hingga malas atau trauma nak membeli durian? Jangan risau... jom cuba ikut 8 cara memilih durian yang dikongsi oleh para penggemar durian lain berikut:


1. Pilih Durian Berbentuk Bulat. Biasanya durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.


2. Pilih Durian Yang Ringan. Dengar macam pelik tetapi memang betul. Makin ringan buah durian tu bererti isinya masih segar dan elok. Biasanya yang berat tu disebabkan isi dia dah lembik. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.


3. Bau Manis. Angkat durian dan cium baunya. Kalau durian tu berbau manis, maknanya baiklah durian tu. Kalau anda selsema dan hidung tersumbat boleh minta kawan tolong ciumkan atau guna kaedah lain seterusnya.


4. Ketuk Durian Untuk Mendengar Bunyi. Cuba ketuk durian dan dengar bunyi yang dikeluarkan. Pilih durian yang berbunyi padat masa diketuk (contoh bunyi "buk!"). Jangan pilih durian yang mengeluarkan bunyi halus dan manja (contoh bunyi "pek!").


5. Pilih Durian Berjuring Lima. Apa benda juring ni? Kalau nak tahu juring ni ialah garisan ruang (bilik) yang menempati isi durian. Cara nak tengok perhatikan luar permukaan kulit durian. Bila nampak macam berbentuk bintang tu (macam Ayuni tanda dalam foto), itulah durian berjuring lima. Selalunya durian yang berjuring lima menandakan isi yang besar dan banyak. Jangan ambil yang banyak juring sebab nanti dapat isi yang kecil dan sedikit. 


6. Kulit Cantik. Seperti manusia yang suka memilih pasangan berkulit 'flawless', anda harus memilih durian yang mempunyai kulit cantik bagi mendapatkan isi durian yang baik. Pilih durian yang tidak merekah kulitnya dan tidak mempunyai tompok hitam. Jangan pilih durian yang hodoh. Dunia ini memang tidak adil, tapi nak buat macam mana...


7. Duri Pendek. Pilih durian yang memiliki duri pendek dan jarang sebab ini bermakna durian tersebut mempunyai isi yang padat.


8. Tangkai Tebal. Pilih durian yang mempunyai tangkai tebal dan pendek. Tangkai pendek dan tebal menandakan isi durian itu dah matang dan padat. Tangkai kurus, ramping dan kering bermakna durian itu tak matang lagi, atau isinya tak tebal. Kalau tak ada tangkai tak payahlah beli. 

Semoga tips ini membantu anda dapat menjamu selera dengan durian yang baik dan sedap.

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

  1. Bab pilih buah ni selalunya memang fail hehe. Thanks for sharing sis.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/hadiah-dari-blogger-aswaleyla.html

    BalasPadam
  2. Biasa terkena, di kopek sikit isi elok lembut, bawa balik mangko dan tawar plak tu... Masa tu rasa nak hempuk tokeh durian tu. Tapi nk pegi balik kat penjual tu, jauh la plak... haihh!!

    BalasPadam
  3. Ooo patut la terbeli durian tawar.
    Salah tips

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.