Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Bedak Bayi Johnson & Johnson Didakwa Punca Kanser Ovari


Bedak Bayi Johnson & Johnson Didakwa Punca Kanser Ovari | Sebagai pengguna produk Johnson & Johnson sejak kecil (malah mengenali jenama terbabit daripada zaman arwah nenek yang pernah menggunakannya di zaman sebelum Perang Dunia Kedua), Ayuni berasa agak terkejut apabila mengetahui syarikat tersebut telah diarah oleh mahkamah di Missouri, Amerika Syarikat untuk membayar wang pampasan bernilai $4.7 bilion kepada 22 orang wanita yang mendakwa mereka menghidapi kanser ovari setelah menggunakan bedak talkum bayi keluaran Johnson & Johnson.

Arahan tersebut diberi susulan mahkamah menerima 9,000 saman terhadap Johnson & Johnson berkenaan bedak talkum bayi keluaran syarikat itu. Seramai 22 orang wanita mendakwa bahawa mereka menghidapi kanser ovari setelah menggunakan bedak itu dan 6 daripada wanita tersebut kini sudah meninggal dunia. 

Menurut peguam yang mewakili tuntutan wanita-wanita terbabit, produk bedak talkum bayi Johnson & Johnson dipercayai mengandungi asbestos yang boleh menyebabkan kanser. Menurutnya lagi, Johnson & Johnson mempunyai pengetahuan tentang kandungan asbestos dalam produk mereka sejak tahun 1970 tetapi gagal mendedahkan perihal risiko kepada pengguna.

Johnson & Johnson membantah penghakiman mahkamah dan berpendapat proses litigasi tidak dijalankan secara adil. Syarikat itu menegaskan bahawa produk mereka tidak mengandungi asbestos dengan alasan bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (US Food and Drug Administration, FDA) pernah membuat ujian sampel ke atas bedak talkum bayi berkenaan pada tahun 2009 dan mendapati bedak itu bebas asbestos. Oleh itu Johnson & Johnson berhasrat untuk membuat rayuan terhadap keputusan kehakiman yang dibuat.

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

  1. ni mesti kes lama kan...
    rasanya produk Johnsin and Johnson yg ada sekarang dah bebas asbestos kot.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.