Sempoi Betul Cara Admin Rapid KL Ini Melayan Aduan Pengguna

Sempoi Betul Cara Admin Rapid KL Ini Melayan Aduan Pengguna | Lebih kurang ratusan pengguna kemudahan pengangkutan awam terperangkap di sekitar bandaraya Kuala Lumpur terperangkap dari jam 6 pm petang hingga 7 pm malam akibat kerosakan pada pintu salah sebuah tren di aliran transit Kelana Jaya pada hari ini.

Keadaan sesak di salah sebuah stesen LRT di Kuala Lumpur gara-gara kelewatan tren. Foto diambil oleh Cici Ilhamaira (https://mommycici.blogspot.com)

Menurut Rapid KL, kerosakan tersebut yang berlaku di stesen Ampang Park telah berjaya dibaiki dan tren kini berjalan lancar seperti biasa.


Apa yang menarik perhatian ialah perbualan antara Admin Rapid KL dan salah seorang pengomen yang tidak faham dengan pengumuman dalam status yang dibuat lalu meminta Admin page menterjemahkan status tersebut.


Perbualan kemudian menjadi bertambah lawak setelah masing-masing mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Gja berkata...

memang sempoiii

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.