Mesej Tersirat Dalam Adegan Sihir Sup Bunjut Drama Nur


Mesej Tersirat Dalam Adegan Sihir Sup Bunjut Drama Nur | Antara banyak-banyak drama Melayu di slot Samarinda TV3, drama Nur merupakan yang paling menarik hati penonton sepanjang musim ini kerana skripnya yang kemas, cantik dan menyampaikan banyak mesej baik secara santai. Drama televisyen yang sarat dengan pengajaran ini memfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan 'pendosa' dan juga golongan 'beriman' daripada perspektif masyarakat sekeliling.

Drama ini turut menampilkan gandingan hebat iaitu Amyra Rosli (Nur) dan Syafiq Kyle (Ustaz Adam) sebagai pelopor utama. Di samping itu, drama ini turut dibintangi oleh Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Noorkhiriah. Noorkhiriah juga membuat comeback kerjayanya sebagai pelakon dalam drama ini setelah lama tak berlakon sejak 2 tahun lalu dan lakonannya benar-benar memberi impak kepada jalan cerita.

Tayangan drama ini bermula pada 14 Mei 2018 yang bersiaran di saluran TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda sepanjang Ramadhan ini.


Fenomena Drama Nur 'Trending' Di Media Sosial

Drama Nur muncul trending nombor satu di Twitter tempatan dan nombor tiga di seluruh dunia. Kekuatan drama ini bukan sahaja bergantung kepada plot cerita, tetapi pengembangan karekter yang ditampilkan. Setiap hari penonton memberi reaksi pelbagai terhadap adegan yang dipaparkan oleh setiap watak dalam drama Nur melalui media sosial. Ini menunjukkan betapa berkesannya arahan pengarah Shahrulezad Mohameddin dalam menghidupkan sebuah kisah berunsur pengajaran Islamik dalam bentuk ringan dan tidak bias kepada para penonton - sesuatu yang sukar dijayakan oleh majoriti penerbit filem dalam genre tersebut. 

Adegan 'Sihir Sup Bunjut'

Antara adegan terbaru yang mencuit hati penonton semalam memaparkan Aisyah lakonan Noorkhiriah menuduh Nur meletakkan sihir dalam makanan sewaktu Ustaz Adam sekeluarga sedang menjamu selera di rumah. Apabila "sihir" tersebut didedahkan, didapati bahawa ia cuma bungkusan sup bunjut yang Nur letak dalam sup untuk menyedapkan rasanya.

Jeng jeng jeng... sup bunjut!

Walaupun amat lucu, namun sebenarnya babak sup bunjut itu ada maksud tersirat yang mendalam...

Apabila ayah tu kata itulah yang berlaku "bila hati sudah mula jadi hitam", ia menunjukkan begitulah manusia apabila suka cepat berprasangka buruk terhadap perkara yang dia tidak fahami dan tidak pernah cuba memahami. 

Terutama sekali orang-orang yang hidupnya sentiasa memandang orang lain dari sudut negatif sehingga setiap apa yang dilakukan oleh orang lain walaupun normal terus dicop sebagai "tak normal" baginya. 

Apabila merasakan dirinya "betul" dan "normal", orang sebegini mula berani dan sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika semata-mata hendak membuktikan orang lain "tak normal". Lihat cara Aisyah rela mencelup tangannya ke dalam kuah sup yang panas di depan keluarga untuk mencari sup bunjut tersebut walaupun dia boleh saja guna senduk atau sudu untuk berbuat demikian.

Jadi siapakah yang tak normal sebenarnya? Sehinggakan cicak berbunyi tanpa sebab dan tiada kaitan dengan isu semasa pun dianggap satu "persetujuan" dari seluruh alam menyokong keburukan jiwanya. 

Rasanya cicak tu berbunyi sebab terkejut tengok orang masuk tangan dalam sup panas.

Realiti Adegan 'Sihir Sup Bunjut'

Malangnya ramai manusia berhati hitam sebegini di luar kaca televisyen. Golongan ini wujud dalam realiti kehidupan. Jangan hairan sekiranya mereka sanggup menolak nilai moral dan undang-undang demi mendapatkan kepuasan emosi negatif seperti Aisyah. 

Contohnya hater yang menulis fitnah tentang blogger lain dalam media sosial kerana buruk sangka lalu mendabik dada mengatakan dia berhak menggunakan kata-kata untuk menyakiti orang lain walaupun bertentangan dengan nilai moral, atau majikan yang menceroboh privasi dengan stalk akaun peribadi Facebook staf walaupun perbuatannya merupakan satu jenayah kerana lebih suka dengar gossip pejabat daripada mendengar dari mulut empunya badan secara langsung. Seram, kan?


Apakah mesej tersirat lain dalam drama Nur? Berikut ialah apa yang difahami Ayuni setakat ini:

Amalkanlah sikap positif dalam kehidupan dengan menaruh prasangka baik sesama manusia. Dalam setiap orang ada kebaikan dalam dirinya hatta seberat zarah. Kembangkan zarah kebaikan dalam diri anda sendiri melalui sikap menerima dan keterbukaan, kemudian melalui jalinan persefahaman. Insya Allah, jalinan persefahaman ini seterusnya akan membuka pintu kehidupan yang harmoni tanpa kekusutan fikiran akibat syak wasangka. 

Tangani persoalan dalam minda tentang sesuatu atau seseorang yang tidak difahami secara adil, bukan secara prejudis. Siasat dahulu sebelum menghukum. Lain orang lain kisahnya, kerana begitulah Tuhan mencipta setiap makhluknya dalam keadaan berbeza-beza. Kita tidak tahu apakah takdir yang tersedia ada dalam kisah hidup seseorang.

Siapa nak buat sup dengan mudah dan segera, 
bolehlah cuba sup bunjut Adabi ni...

Ayuni Rafilah

2 ulasan:

  1. Kes sup bunjut terus miza pun marathon layan dari mula drama nur. Drama ne sarat dengan nasihat

    BalasPadam
  2. Pernah baca luahan seorang akak ni. Keluarga dia sampai bercerai sebab sup bunjut punya pasal.

    BalasPadam