Video berdurasi 30 minit tersebut memaparkan tiga orang pekerja restoran sedang mencangkung sambil membilas pinggan dengan menggunakan air becak tepi jalan di belakang restoran. Visual yang telah tular di Facebook sehingga mencecah 270,000 views dan 7,000 shares ini membangkitkan kemarahan ramai netizen. Rata-rata ramai yang menghentam sikap sambil lewa pekerja itu dan meminta agar restoran tersebut ditutup serta-merta bagi melindungi keselamatan dan kesihatan orang awam.
Restoran Raj Banana Leaf di Bangsar yang terkenal dengan hidangan beralaskan daun pisang di kalangan pengunjung. Restoran ini pernah mendapat review baik dalam media sosial. Kredit foto: Best Restaurant To Eat - Malaysian Food Travel Blog
Jurucakap bagi Raj Banana Leaf telah mengeluarkan status memohon maaf di laman rasmi Facebook restoran sambil mengatakan bahawa tiga orang pekerja tersebut merupakan pekerja baru. Pihak restoran juga berjanji akan mengetatkan kawalan kebersihan di premis makanan mereka.
Sebagai pampasan Raj Banana Leaf menjanjikan berbuka puasa secara percuma di restorannya di Bangsar dari 7.30 pm hingga 9.30 p.m pada hari Khamis ini (31 Mei 2018).
Walau bagaimanapun, ada kemungkinan besar janji restoran itu tidak dapat dipenuhi kerana dipercayai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan arahan tutup kedai terhadap Raj Banana Leaf pada hari ini atas desakan orang ramai. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah premis itu akan ditutup sehingga pihak restoran mempunyai kelengkapan membasuh dan mencuci yang baik.
Katakan DBKL tidak bertindak untuk menutup restoran Raj Banana Leaf... adakah anda tetap akan ambil tawaran untuk berbuka puasa secara percuma di restoran tersebut?
Lawatan oleh DBKL dan Kementerian Kesihatan serta media di sekitar restoran Raj Banana Leaf di Bangsar, Kuala Lumpur pagi tadi
Pegawai Kesihatan sedang menampal notis penutupan premis perniagaan di pintu restoran Raj Banana Leaf kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan
Katakan DBKL tidak bertindak untuk menutup restoran Raj Banana Leaf... adakah anda tetap akan ambil tawaran untuk berbuka puasa secara percuma di restoran tersebut?
3 Komen:
Mak aiii.. Tergamak diaorg buat mcm tu. Kalau pekerja baru sekalipun, tak kan lah x fikir perbuatan tu salah. Dunia oh duniaaaaa
kembang tekak.mujur tak pernah pergi.
Janji Kita
takkanlah pengurus restoran tak nampak pekerja dia tengah buat apa ....
Post a Comment