Resipi Biskut Hantu Mereng
Resipi Biskut Hantu Mereng | Siapa yang tengah mencari kelainan di musim membuat biskut raya ni bolehlah cuba buat biskut hantu mereng. Resipi dia sangat mudah dan anak-anak kecil pun boleh turut buat sama. Berbanding dengan resipi biskut alien yang menggunakan 4 bahan, resipi biskut hantu mereng lebih ringkas dan cuma menggunakan 3 bahan untuk membuat meringue iaitu putih telur, gula dan krim tartar. Ya, meringue yang orang selalu guna untuk buat pavlova yang rangup, lembut dan manis tu. Jadi dah tahulah kenapa Ayuni bagi nama biskut ni hantu mereng... sebab bunyi sebutan 'meringue' mirip 'mereng'. Haha.
Cara Membuat Biskut Hantu Mereng
Bahan-bahan
Putih telur (3 biji telur)
1 cawan gula
1/2 sudu besar krim tartar
Sedikit esen vanila untuk perasa
Cip coklat atau coklat cair untuk hiasan
Cara-Cara
1. Panaskan oven ke 100 darjah Celcius
2. Lapik loyang dengan kertas pembakar (parchment paper)
3. Pukul putih telur dengan kelajuan rendah dalam 3-5 minit sampai berbuih dan boleh buat 'tanduk' atas permukaan adunan. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putih telur dipukul. Kemudian set mixer kepada kelajuan sederhana.
4. Masukkan krim tartar dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
5. Masukkan adunan meringue ke dalam beg piping (boleh juga guna beg plastik yang dipotong hujungnya) dan di atas kertas pembakar, buat bentuk berpusing mengarah ke atas.
6. Bakar adunan meringue selama 45 minit.
Cara Menghias Biskut Hantu Mereng
Sudah tiba masa yang paling best dalam resipi ini iaitu menghias biskut hantu mereng! Memang leka menghias biskut ni kononnya nak bagi setiap hantu personalitinya yang tersendiri. Boleh buat hantu tu matanya terbeliak macam dalam gambar di atas ni...
Nak letak mata coklat cip supaya wajah hantu jadi lagi manis boleh...
Nak bagi hantu tu ada tangan supaya dia buat tarian gaya Panama Dance pun boleh.
Rasanya hiasan ini tidak digalakkan bagi mereka yang membuat biskut bersama anak-anak kecil... jangan bagi biskut hantu mereng main dengan pisau dalam dapur.
Nak bagi dia duduk bertenggek atas kek beramai-ramai pun boleh.
Terpulang pada kreativiti masing-masing. Tak kira bagaimana rupa hantu anda, yang penting ia sedap dimakan. Selamat mencuba!
cute je...boleh berkreativiti...
BalasPadamAla comelnyaa biskut ni ..kreatif laa .bahan2 pun mudah je ni
BalasPadamOoo..biskut ni haha pelik nama hantu mereng pun boleh la hikhik
BalasPadamComelnyaaa... Sesuai la nama tu :D
BalasPadamCute sgt. Tak sampai hati nk mkn. Hihi
BalasPadam