REVIEW

Jimat Betul Pergi Ke Bazaar Ramadhan Naik Grab


Jimat Betul Pergi Ke Bazaar Ramadhan Naik Grab | Disebabkan servis Poslaju tergendala sempena cuti panjang mengejut pada awal Mei lalu, banyak barang pelanggan Ayuni tersangkut dan perlu dihantar segera. Jadi semalam selepas tamat saja waktu kerja Ayuni segera menguruskan kesemua parcel yang perlu dihantar. Malangnya parcel terlalu banyak dan berat untuk dibawa, malah pejabat Poslaju yang terdekat pun berada di Bukit Ubi, Sungai Lembing... kira-kira 8 km daripada tempat tinggal baru Ayuni di Kuantan.

Sambil menggaru kepala memikirkan bagaimana hendak membawa kesemua parcel ke bus stop, Ayuni cuba membelek aplikasi Grab untuk melihat kadar tambang yang perlu dibayar sekiranya Ayuni terpaksa naik Grab. Biasanya kalau Ayuni nak pergi ke pusat bandar Kuantan dengan cepat, tambang Grab yang Ayuni harus bayar lebih kurang antara RM7-RM10 bergantung kepada waktu dan bilangan kereta Grab yang ada di sekitar pada masa tu. Ternampak pula notis ni oleh Grab:


Alangkah terkejutnya Ayuni bila dapat tahu Grab ada buat promosi diskaun RM4 untuk setiap tambang perjalanan... selama 3 hari pula tu! Rupa-rupanya Grab tengah menawarkan kod promo RM4 X 3 HARI bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam sehingga 27 Mei 2018 bagi memudahkan pengguna Grab jimat masa mencari tempat parking bila pergi ke bazaar Ramadhan. Alhamdulillah, jimat tambang Ayuni untuk hari ini.

Apa lagi, Ayuni pun cepat-cepat gunakan kod PERGIBAZAR untuk mendapatkan tambang Grab dari RM8 kepada RM4. Tergamam pemandu Grab tu bila dapat tahu tentang promosi Grab ni di akhir perjalanan sejauh 8 km. Dahlah datang dari jauh nak jemput Ayuni. Kena berpusing di bawah biadak pula tu. Ayuni rasa agak bersalah dan segera berikan dia rating 5 bintang dan review bagus-bagus untuk memujuk hatinya. Lagipun servis dia sangat baik dan keretanya juga sangat selesa, bersih dan ada air cond kuat.


Kebetulan ada bazaar Ramadhan yang berdekatan pejabat Poslaju di situ jadi mudahlah Ayuni turun membeli juadah untuk berbuka puasa tanpa perlu memikirkan tentang mana nak parking kereta dan caj parking. Beli makanan, panggil Grab dan terus balik. Senang, kan? Dahlah tengah murah.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Powered by Blogger.