Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

LUCU

Pekerja Air Asia Cium Beg Penumpang Tanda Prihatin


Pekerja Air Asia Cium Beg Penumpang Tanda Prihatin | Berikutan insiden seorang penumpang merakam perbuatan pekerja kargo Air Asia mencampak bagasi milik para penumpang lalu menularkan video tersebut di laman sosial sehingga menimbulkan kemarahan ramai netizen, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes segera mahu menangani perkara tersebut dengan mendorong pekerja-pekerja kargo menatang kesemua bagasi penumpang dengan penuh cermat dan kasih-sayang bagai menatang minyak yang penuh. Kesemua pekerja kargo menuruti arahan Tony dengan memastikan setiap bagasi penumpang pesawat dipeluk dan dicium dengan penuh mesra semasa proses memunggah beg dan sebelum diserahkan kepada penumpang di lapangan terbang.

Lihat betapa cermat dan mesranya para pekerja kargo Air Asia menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam foto-foto di bawah. Diharap akan tiada lagi kes beg rosak atau isu bagasi hilang akibat kekasaran pihak pekerja Air Asia semasa memunggah beg penumpang di masa depan kelak.

Penafian oleh Ayuni Rafilah

Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik.

1 Komen:

  1. Mestilah sayang bagasi pelanggang baru betul. Jangan buangkan bagasi dengan sesuka hati sudah ok.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.