Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

LUCU

Lelaki Jumpa Kentang Goreng Dalam Air Fryer Baru Beli


Lelaki Jumpa Kentang Goreng Dalam Air Fryer Baru Beli | Bayangkan jika anda baru beli air fryer melalui platform membeli-belah online yang terkenal dan tiba-tiba terjumpa selonggok kentang goreng dalam air fryer tersebut selepas membuka penutup. Dengar macam free gift yang best, tetapi ada seorang pembeli ni tak berpuas hati dengan apa yang ditemuinya.

Inilah apa yang berlaku terhadap Saffuan Salleh selepas dia menerima sebuah air fryer jenama Khind yang telah dipesan dari Lazada Malaysia semalam. Sebaik sahaja Salleh membuka penutup air fryer tersebut, dia menjadi tergamam dengan isi kandungan dalam produk itu.


Status Facebook Saffuan mengenai kejutan dalam kotak yang diterimanya.

Gambar isi kandungan kotak bungkusan - air fryer, kentang goreng serta lain-lain.

Saffuan memberitahu bahawa dia telah menghubungi khidmat bantuan pelanggan Lazada untuk membuat aduan tentang penemuan ganjilnya dalam bungkusan yang diterima. Setakat entri ini ditulis, Saffuan masih sedang menunggu penjelasan daripada pihak Lazada terhadap aduan yang dibuatnya.

Ayuni rasa pihak Lazada mungkin lambat nak respon semula aduan Saffuan sebab sedang memikirkan bagaimana kentang goreng tersebut boleh dimasukkan sekali dalam pesanan. Ini mengingatkan Ayuni kepada soalan yang sering ditanya oleh ramai pekerja McDonald's, "Nak dengan kentang sekali ke?"

Penafian oleh Ayuni Rafilah

Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik.

7 Komen:

  1. hurm ... siapalah yg try test alat ni lepas tu lupa nak kluarkan kentang tu ... adoi.

    BalasPadam
  2. Sekarang ada kentang goreng twister yang jual kat gerai dekat rumah I. Banyak sedap dan I boleh skaligus makan 2 batang.

    BalasPadam
  3. First time dgr kes mcmni

    BalasPadam
  4. Sorry la tergelak besaq CN ! Hehehe

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.