REVIEW

Menu Sarapan Pagi Yang Unik Di Restoran Lila Wadi

Menu Sarapan Pagi Yang Unik Di Restoran Lila Wadi | Siapa yang singgah ke Pahang atau ingin mencari menu sarapan pagi yang lain daripada lain bolehlah cuba kunjungi Restoran Lila Wadi yang terletak di kawasan Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Restoran Lila Wadi agak terkenal di Kuantan kerana menu makanannya yang agak sukar dicari di tempat lain (kalau di Kuala Lumpur memang sah tak adalah) pada harga yang berpatutan. 


Menu utama restoran ini ialah Roti Kacang Pool (Foul Medames) yang merupakan makanan berkonsepkan Mediterranean yang popular di Johor Bahru. Sekarang boleh ditemui di Kuantan dengan rasa tersendiri Lila Wadi. Roti yang dihidang nampak tebal tetapi rasa lembut bila dijamah. Kuahnya pula diperbuat daripada kacang parang dengan ramuan rempah yang boleh jadi kecur lidah dibuatnya.


Di samping Roti Kacang Pool, Restoran Lila Wadi juga menghidangkan pelbagai jenis makanan yang dibungkus dan dihantar khas dari kampung-kampung sekitar Pantai Timur. Jadi kalau teringin nak merasa masakan Pantai Timur seperti kuih akok, laksam, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, Nasi Air Dingin, Nasi Kapit Sg Lundang, Nasi Ayam Pedas dan sebagainya boleh datang dan order di sini.






Restoran Lila Wadi hanya dibuka jam 7 pagi hingga 3 petang dan tutup pada hari Jumaat. Jadi kalau sampai di sini selepas pukul 3 petang jangan jadi macam seorang kawan tu ugut nak bakar kedai pula bila tengok kedai dah tutup. Restoran Lila Wadi juga mempunyai satu lagi cawangan di Teluk Sisek, Kuantan dan Ayuni bercadang hendak singgah ke sana nanti. Dengar kata cawangan Lila Wadi yang satu lagi tu ada menu BBQ dan stimbot makanan laut. 

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Dunia Zumal berkata...

Wah, sedaaaknya menu tu...

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.