SANTAI

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju Untuk Orang Yang Tak Reti Melipat Baju

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju Untuk Orang Yang Tak Reti Melipat Baju | Antara semua perkara yang Ayuni selalu gagal lakukan dengan sempurna ialah melipat baju. Ya, memang Ayuni tak suka dan tak pernah reti melipat baju sebab rasa seperti membuang masa saja cuba melipat sesuatu yang akan dipakai balik dan dicampak semula ke dalam mesin basuh. Masa yang terbuang itu boleh digunakan untuk membuat kerja-kerja lain yang lebih berfaedah. Oleh itu, Ayuni menggantung kesemua pakaian sebaik saja keluar dari mesin basuh, dan memang tidak ada satu pun pakaian yang dilipat.

SEBELAH KIRI: Bagaimana orang lain melipat baju
SEBELAH KANAN: Bagaimana Ayuni melipat baju

Adakah anda juga seorang yang tak pernah melipat baju seperti Ayuni tetapi tiada ruang yang banyak untuk menggantung baju? Usah bimbang kerana walaupun Ayuni tidak reti melipat baju, namun Ayuni mempunyai banyak idea bernas untuk melipat baju yang boleh dikongsikan bersama rakan sama seperjuangan yang juga tak reti melipat baju.

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju Untuk Orang Yang Tak Reti Melipat Baju


CARA PERTAMA: Guna folding board atau papan melipat yang sangat popular dan tular di kalangan pengguna zaman sekarang. Dikatakan bahawa 2 saat saja dah boleh lipat baju dengan mudah menggunakan alat ni.
CARA KEDUA: Kalau tak mampu atau memang kedekut nak beli folding board di atas boleh cuba ambil kotak kadbod dan buat folding board sendiri. Modal hanya kotak dan selotep.


CARA KETIGA: Gulungkan kesemua baju sebelum masuk ke dalam almari.


CARA KEEMPAT: Gunakan teknik lipatan KonMari dengan menepuk-nepuk kain baju seperti seorang mamak menepuk roti canai sampai ia jadi menegak seperti di atas. Simpan baju dalam keadaan menegak seperti ini.


CARA KELIMA: Letak sehelai demi sehelai baju di atas raga seperti dalam gambar. Tindih masuk ke dalam raga sehingga ke dasar. Nak tindih guna buku teks boleh, guna kucing pun boleh (lihat cara seterusnya). Masukkan bahagian baju yang terkeluar ke dalam bakul dan lipat. 


CARA KEENAM: Jika ada bela kucing, letakkan kucing tersebut ke atas baju yang anda lipat tapi tak kemas. Lebih gemuk kucing itu lagi baik. Anda akan dapati lipatan baju menjadi lebih kemas dan licin selepas kucing itu bangun. Namun berhati-hati dengan bulu yang melekat pada kain baju.


CARA KETUJUH: Lagi ramai lagi bagus.

CARA KELAPAN: Letak baju yang anda cuba lipat atas jalan depan sebuah steamroller yang sedang bergerak. Kemudian anda ubah bahagian permukaan baju yang hendak dilipat dan letak semula di atas jalan sehingga steamroller lalu lagi. Baju akan nampak licin, kemas dan benar-benar terlipat setelah dilenyek oleh roda steamroller.


CARA KESEMBILAN: Guna robot untuk melipat kain baju.


CARA KESEPULUH: Belilah mesin melipat baju FoldiMate. Segala urusan melipat baju akan dibereskan oleh FoldiMate sementara anda membuat kerja lain di rumah seperti menyiapkan entri blog dan sebagainya.

Anda ada kaedah menjimatkan masa melipat baju yang berkesan? Kongsi dalam ruang komen.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

11 Komen:

Shafyqah Azahar berkata...

hahahaha dulu masa kat hostel kak senior ajar lipat baju macam dia, alhamdulillah sampai sekarang almari sendiri kemas :p

aliza berkata...

cara gulung atau letak seluar/skirt sekali dgn blous anak atau baju dgn kain yg hendak dilipat lpas tu br lipat mmg mencepatkan kerja melipat, di samping memudahkan urusan mencari baju dlm almari😊

Syafiera Yamin berkata...

hahahahahha i kalau lipat pakaian ikut mood kadang-kadang seminggu sekali, tak pun 2 minggu sekali.. tapi selalunya akan lipat lah tak tahan tengok gunung baju, bukan anak je boleh menyorok dalam tu tikus pun boleh ahahah seeram !

Mrs Pip berkata...

Paling senang, gantung semua baju dan seluar, yg kecil2 tu sumbat dalam satu box ikut kategori .. Dan yang no8 tu, adoi, percayalah lepas steam roller tu gelek baju tu, habis punah baju tu, siap segala tanah atau tar melekat kat atas baju ...

Noor Maizan berkata...

HAHAHAHAHAHAHA dasyat tips ni.

Nurul Syahirah berkata...

hahaha.. dahsyat betul tips akak ni.. tapi memang boleh digunakan ^^

Cikla Shahril berkata...

Mcm comel pulak style yg gulung bulat2 tu. Tp utk yg dlm dlm sesuai kot. Kalau kain baju mau seketul besar gedebuk. Hehe

Cekgu Norazimah berkata...

Gulung2 tu pling praktikal. Nak packing balik kg pn guna teknik gulung2 je 😉

PCL berkata...

Baju anak2 jer perlu lipat, baju dewasa tak perlu dan lebih baik digantung satu ler satu dgn hanger.

Miza Talib berkata...

gulung bulat-bulat tu miza selalu buat untuk baju anak-anak.

Baju Spot berkata...

Banyak cara yang bagus ni utk jimat masa atas lipat baju. Sekarang dah dapat idea utk cuba di rumah. TQVM.

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.