Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

VIRAL

Pengemis Antarabangsa Bermewah Di Malaysia

Siapa sangka bahawa aktiviti mengemis boleh menjadi kerjaya yang membawa hasil lumayan, malah membolehkan pengemis merantau ke serata dunia secara mewah melalui wang pemberian orang ramai sahaja?

Benjamin Holst, 32, pengemis antarabangsa dari Jerman.

Benjamin Holst, seorang pengemis profesional dari Jerman, baru-baru ini ditemui giat mengemis di hadapan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum kembali ke bilik hotel di mana dia menginap di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia dilihat memegang sebiji cawan kertas sambil meminta derma dari beberapa penunggang motorsikal dan pemandu kereta di tepi jalanraya. Agak menarik apabila didapati ramai rakyat Malaysia memberi derma kepada Benjamin secara sukarela, hingga ada yang sanggup merentasi seberang jalan semata-mata hendak memberikan wang kepada Benjamin. 

Ramai orang berebut-rebut hendak memberi derma kepada Benjamin Holst, yang kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk berseronok bersama minuman keras dan pelacur.

Pengemis berusia 32 tahun tersebut baru sahaja bercuti dari Vietnam dan kini dia mengunjungi Malaysia untuk meneruskan aktiviti mengemisnya. Ini merupakan kali kedua Benjamin datang mengemis di Malaysia. Dia amat menyukai Malaysia kerana orang-orangnya yang pemurah dan baik hati. Bagi Benjamin, pemberian derma oleh orang-orang Malaysia memberinya peluang untuk melancong ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dan berparti dengan minuman keras dan gadis-gadis di sana.

Status Facebook Benjamin Holst seusai dia mengemis di Kuala Lumpur.

Benjamin menunjukkan bilik hotel di mana dia menginap pada malam itu.

Sebelah kaki kanan Benjamin mengalami penyakit untut (kakinya membengkak sehingga menjadi lebih besar daripada saiz normal) namun keadaan fizikalnya yang kurang sempurna tidak membatasi pergerakan Benjamin untuk mengemis dari sebuah negara ke negara yang lain. Disebabkan keadaan kakinya, ramai yang menyangka bahawa Benjamin memerlukan bantuan kewangan untuk pulang ke Jerman. Namun begitu perkara sebenar adalah sebaliknya - Benjamin seronok menikmati masa lapangnya dia bar dan pusat pelacuran di Asia Tenggara dan jika boleh dia tidak mahu kembali ke negara asalnya.

Netizen dari serata Asia Tenggara berkongsi status tentang Bejamin Holst sambil meminta orang ramai membantunya agar dia dapat kembali ke Jerman. Namun perkara sebenar adalah sebaliknya.

Laman Facebook Benjamin penuh dengan gambar-gambarnya berseronok bersama pelacur-pelacur di pelbagai bar serta hotel mewah dengan wang hasil mengemis yang diperolehinya di Filipina, Hong Kong, Vietnam, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Indonesia. Berapa lamakah agaknya Benjamin akan meneruskan kehidupannya yang penuh dengan kepura-puraan ini? - Ayuni Rafilah, Pengemis Antarabangsa Bermewah Di Malaysia, 2 Mei 2017, 6:03 P.M.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

9 Komen:

PERMATABIRU berkata...

ramai yang dah tertipu kan.niat nak membantu di buat sebaliknya hmm

sis gee berkata...

adoyaii orang luar nak mengemis kat malaysia..hakikatnya kita sendiri pun mengemis di negara sendiri..adeh..

Mrs. A berkata...

Rakyat Malysia memang pemurah tapi tulah tak kena tempat huhuhuhu....

Mas FVOME berkata...

pandai betul ambil kesempatan.jht betol la

Noor Maizan berkata...

Eeeee geramnya baca. baru baca pasal orang minta sedekah kat blog Farhanna Jafri juga, macam2 peel la..

mamapp berkata...

teruklah diorang ni.. nampaknya masyarakat malaysia kena ubah sikit sifat murah hati depa

Mrs Pip berkata...

Eeeiiiii....mmg malas nak layan pengemis...tapi nak buat mcm mana, hati kita selalu cepat rasa kesian...

Maria Firdz berkata...

Ambil kesempatan dengan kebaikan orang Malaysia..

Acuyuhan berkata...

hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

Dikuasakan oleh Blogger.