Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TEKNOLOGI

Aplikasi Truecaller Bantu Atasi Panggilan Scammer


Aplikasi Truecaller Bantu Atasi Panggilan Scammer | Ramai yang mengadu apabila tiba Tahun Baru pasti ada panggilan dari nombor telefon tak dikenali bertubi-tubi cuba menghubungi. Ayuni pun kerap mendapat panggilan sedemikian dan memang jadi rimas dibuatnya kerana kebanyakannya panggilan yang dibuat oleh golongan telemarketer, pihak ketiga bank dan scammer. Tengoklah log panggilan telefon Ayuni di bawah ni... daripada 7 panggilan, 4 merupakan panggilan spam dan scammer. Mana tak tension Ayuni dibuatnya.


Akhirnya Ayuni terpaksa amalkan tidak mengangkat mana-mana panggilan, kecuali dari nombor dikenali, sehingga pemanggil menghantar mesej melalui aplikasi SMS dan WhatsApp. Namun, ini menjejaskan proses Ayuni hendak berhubung dengan perkhidmatan kourier yang menghantar barang serta pelanggan yang ingin membuat tempahan beg/gadget/website dengan Ayuni. Apatah lagi apabila bukan semua orang ada memiliki WhatsApp.

Jadi Ayuni pun layari Google Playstore dan ternampak aplikasi Truecaller selepas membaca review yang dibuat oleh pengguna lain. Setelah mengenalpasti yang aplikasi ini boleh dipercayai dan telah digunapakai oleh lebih 250 juta pengguna, Ayuni segera memuatnaik ke telefon dan mencubanya sendiri. 


Inilah hasilnya selepas memuatnaik aplikasi Truecaller. Profail pemanggil yang tak dikenali akan dikenalpasti dan ditanda warna merah oleh Truecaller. Sistem ini akan mendedahkan nama orang yang membuat panggilan ke nombor telefon pengguna, lokasi mereka beserta syarikat talian (telco) yang mereka langgani. Bukan sahaja setakat panggilan, malah pengguna juga boleh mengetahui siapa yang menghantar mesej SMS. Jika panggilan dibuat dari pemanggil yang tak diingini, Truecaller akan memberi pilihan kepada pengguna untuk block nombor pemanggil tersebut. Secara otomatik Truecaller akan menghalang setiap panggilan dari nombor tersebut dan siri berkaitan nombor itu daripada menghubungi pengguna. Hebat, kan?

Stor data yang diperlukan untuk memasang Truecaller lebih kurang dalam 50MB dan boleh menghantar backup sejarah panggilan, kenalan dan tetapan di Google Drive.


Setakat ini Ayuni berpuas hati dengan penggunaan aplikasi Truecaller memandangkan ia banyak membantu Ayuni mengenalpasti panggilan mana yang patut dilayan dan yang mana patut diabaikan.  Aplikasi ini amat bagus dijadikan alat dalam langkah pencegahan scam yang sering berleluasa sekarang ni. Sebagai seorang yang sentiasa sibuk dengan karier, Ayuni tiada masa hendak melayan panggilan serta mesej oleh itu aplikasi Truecaller banyak menolong jimatkan masa Ayuni.

Untuk anda yang berminat hendak memasang aplikasi Trucaller juga bolehlah muatnaik aplikasi ini di Google Playstore.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

Rabiahtul Adawiyah berkata...

tq for sharing

JMR berkata...

WAH ada rupanya Apps macam ni.. senang la nak detect scam call.. ni asyik nak melayan panggilan 4,5 minit manjang

Ayuni Rafilah berkata...

You're welcome @Rabiahtul Adawiyah

Ayuni Rafilah berkata...

Bagus, kan... moga kaedah ini juga dapat bantu masyarakat membanteras kes penipuan scam menerusi telefon.

adarain berkata...

Aku ni selalu sangat banyak call dari luar negara.. terus block.. senang cerita. haha

Dikuasakan oleh Blogger.