Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TEKNOLOGI

Sistem Derma Guna PayWave Ganti Tabung Masjid


Sistem Derma Guna PayWave Ganti Tabung Masjid | Biasanya kita selalu dengar orang bayar untuk pembelian mereka di kompleks membeli-belah dan restoran dengan menggunakan sistem PayWave kad debit / kad kredit sebagai ganti kepada pembayaran secara tunai. Tetapi tahukah anda bahawa anda juga boleh menggunakan sistem PayWave untuk menderma kepada masjid? 


Sejak pelancarannya pada Januari 2016 lalu, Bank Islam telah memperkenalkan Terminal e-Donation melalui Visa PayWave sebagai platform untuk pengunjung masjid memberi sumbangan menggunakan kaedah elektronik kad tanpa sentuh daripada kad debit dan kredit. Ayuni berpeluang menggunakan produk inovasi terbaru ini dari Bank Islam di Masjid Wilayah Persekutuan semalam dan ia sememangnya memudahkan orang membuat sumbangan kepada pihak masjid. Cuma keluarkan kad daripada dompet, imbas dan selesai.

Banyak juga kebaikan menggunakan teknologi baru ini kerana:

  • Lebih dipercayai kerana tidak melibatkan kutipan derma oleh orang tengah
  • Menyenangkan pengunjung yang tidak membawa wang tunai dalam tangan
  • Pengunjung tidak akan mengalami masalah menukar matawang besar
  • Menghindari risiko kecurian tabung masjid

Nilai derma yang ditetapkan ialah minimum RM1 dan maksimum RM15 sekali imbas.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

cik renex berkata...

wah bagusnya ada mesin ni. lagi selamat dr dicuri dgn org yg x tgjwb

Lizarazak berkata...

Servis semakin meningkat. Ini lah servis yang perlu diamalkan oleh semua bisnes.

Dikuasakan oleh Blogger.