BLOG

Robot Pertama Diberi Kerakyatan Dalam Sejarah Dunia


"Ia detik bersejarah apabila menjadi robot pertama di dunia diberi taraf kerakyatan." - Sophia (persidangan Future Investment Initiative, 25 Oktober 2017)

Robot Pertama Diberi Kerakyatan Dalam Sejarah Dunia | Buat pertama kali dalam sejarah dunia sebuah robot diberikan hak kerakyatan dan menjadi warganegara yang sah. Baru-baru ini di persidangan Future Investment Initiative di Riyadh, Arab Saudi, sebuah robot yang diberi nama Sophia, diberikan kerakyatan penduduk negara Arab Saudi. 

Sophia adalah robot manusia yang dibangunkan firma Hong Kong, Hanson Robotics dan pernah memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Robot yang mempunyai kecerdasan buatan (A.I) itu boleh berbual, tersenyum dan membuat cerita lucu. Dalam ucapan di persidangan di Riyadh itu, Sophia berkata, dia berasa sangat dihargai dan bangga dengan pengiktirafan itu

Ini merupakan detik sejarah yang unik di kala dunia sedang dilanda dengan konflik di mana ramai manusia tidak memiliki status kewarganegaraan yang sah di mana-mana negara, serta dirampas hak kewarganegaraan dan diusir keluar daripada negara mereka.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

Mas FVOME berkata...

robot pun ad kerakyatan.huhu

Dunia Zumal berkata...

Teringin nak berkenalan dengan dia. Hehe...

Ciktie berkata...

Bertuah robot tu kan..

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.