Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

RESTORAN

Pengembaraan Mencari Oden


Pengembaraan Mencari Oden | Setelah bermain game Oden Cart dan Oden Cart 2 tiba-tiba Ayuni tertarik untuk merasa oden yang menjadi tema utama siri permainan tersebut. Apa tu oden? Oden ialah sejenis makanan Jepun yang terdiri daripada daikon, konjac, telur, dan fishcake yang direndam dalam sup dashi yang panas. Oden biasanya dimakan pada musim sejuk.


Jadi semalam Ayuni keluar awal dari pejabat untuk memulakan pengembaraan mencari oden. Cuaca di luar panas terik, namun demi mencari semangkuk oden Ayuni gagahkan jua merentasi perjalanan dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur. Akhirnya setelah berkurun mencari, Ayuni tiba di sebuah Family Mart di NU Sentral Kuala Lumpur. Rupa-rupanya oden ada dijual di sini!

Yay, Family Mart ada jual oden!
Oden! Oden! Ayuni dah jumpa oden! Oh, tetapi nak makan yang mana? Rambang mata nak pilih ni...

Seronoknya bila dapat tau oden ada dijual di Family Mart. Terdapat dua jenis kuah sup yang boleh dimakan bersama oden iaitu perisa asli dan perisa tomyam. Ayuni pilih perisa asli sebab nak dapat pengalaman rasa oden yang authentic. Mula-mula kena pilih starter bowl yang berharga dari RM3 dulu, lepas tu baru pilih bahan-bahan oden lain yang berharga RM1.80 setiap satu. 

Pilihan oden Ayuni: daikon, lobster ball dan seafood tofu

Rasa makan oden ni sama seperti makan steamboat atau yong tau foo. Agak mengenyangkan dan sedap bila dimakan dengan sup dashi yang panas. Padanlah orang Jepun suka makan waktu musim salji. Lain kali Ayuni nak datang lagi dan cuba bahan oden lain dengan kuah sup tomyam pula.

Rupa kedai oden tradisional di Jepun. Sebiji macam dalam permainan Oden Cart
Permainan Oden Cart yang mendorong Ayuni untuk mencari oden.

Nak cuba oden juga? Pergi ke alamat di bawah:

Family Mart NU Sentral
40, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 
50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa operasi: 6AM–11PM setiap hari

Penafian oleh Ayuni Rafilah

Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik.

2 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.