Berita panas dari kuali untuk kesemua penggemar ayam goreng Texas Chicken - kini restoran Texas Chicken yang ke-42 telah pun dibuka di Suria KLCC dan bukan itu sahaja, konsep kafe terbaru Tex Cafe yang sulung di dunia juga diperkenalkan buat kali pertama di sana! Yay, Malaysia Boleh!
Pelancaran Tex Cafe Pertama Di Dunia
Jom tengok video pelancaran Tex Cafe di Texas Chicken yang baru dibuka di Suria KLCC ni. (Soalan cepumas: berapa kali Ayuni muncul dalam video ini?)
Apa yang ada di Tex Cafe ni? Bagi peminat kopi dan dessert, anda pasti suka dengan hidangan pencuci mulut yang enak seperti kek, muffin, honey butter biscuit serta minuman seperti latte, mocha, espresso dan cappucino dalam menu Tex Cafe. Jangan ketinggalan untuk mencuba Red Velvet with Cheese Muffin dan Chocolate Volcano Cake di sini... memang serius sedap!
![]() |
Bawa mengucap Ayuni... tahulah muffin tu sedap-sedap belaka! Ini semua gara-gara Texas Chicken dah buka Tex Cafe dekat Suria KLCC hari ni. Macam mana nak jadi slim dan cantik ni? Susah nak insaf... |
![]() |
Honey Butter Biscuit dengan cip coklat! |
![]() |
Ini semestinya tak boleh diabaikan... ayam goreng signature Texas Chicken yang sedap dengan rasa rempah identiti tersendiri tetap ada dalam menu Texas Chicken... nyum nyum! |
![]() |
Texas Chicken kini ada hidangan baru dalam menu iaitu Mexican Wrap dan Jalapeno Chicken Burger. Ayam goreng mesti ada. Kentang putar pun wajib ada. Ini semua Ayuni yang punya. |
![]() | |
|
Promosi Hari Pembukaan
Masa hari pembukaannya di Suria KLCC, Texas Chicken membuat promosi percuma Cooler Tote Bag untuk 2,000 pengunjung yang terawal dengan pembelian melebihi RM35. Adakah anda salah seorang pembeli bertuah itu?
![]() |
Cooler Tote Bag percuma dengan pembelian melebihi RM35 di Texas Chicken. Boleh bawa hidangan Texas Chicken keluar pergi piknik di luar dengan beg ni. |
Tahniah Texas Chicken Malaysia!
Menurut Dato’ Jaya Tan, Pengerusi Envictus International Holding yang turut menjayakan Texas Chicken Malaysia, "Pembukaan Texas Chicken dan Tex Café di KLCC ini memberi peluang kepada semua pengunjung menikmati kepelbagaian ‘signature menu’ seperti Original and Spicy chicken, Mexicana burger or wrap, bersama ‘home-style sides’ dan ‘artisan styles’ coffee, cappuccino, latte termasuk kek dan muffin."
Yay, tahniah Texas Chicken Malaysia! Terima kasih sebab bagi kami merasa hidangan Texas Chicken dan Tex Cafe yang sedap-sedap! Nak lagi! Nak lagi! |
![]() |
Texas Chicken @ Suria KLCC yang memiliki Tex Cafe pertama. Besar kan tempat dia? |
Kunjungi Tex Cafe @ Texas Chicken
Nak cuba menu Tex Cafe juga? Pergi ke alamat di bawah:
Texas Chicken Malaysia
LC-C06, Concourse Floor, Ramlee Mall, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2856 8638
Masa operasi :
Isnin – Ahad 10 a.m. – 10 p.m.
i have to try this
ReplyDeletejmput join n meriahkan segmen GA kt sni jugak
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Texas sedap ayam dia ..
ReplyDeleteNampak sedap ayam dia tu
ReplyDeleteAsyik makan kfc je , lepas ni boleh terjah texas chicken yang berdekatan
ReplyDelete