Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TEKNOLOGI

Misteri Penampakan Di Langit Akhirnya Terbongkar


Misteri Penampakan Di Langit Akhirnya Terbongkar | Semasa Rafael Vecchi berada di dalam perjalanan terbang dari Arizona ke Utah, dia menjadi tergamam setelah mendengar pengumuman mengejut dari juruerbang melalui interkom yang mengatakan dia "ternampak sesuatu yang luar biasa dari luar tingkap belah kiri". Rafael memberitahu Space.Com, "kesemua penumpang pesawat segera berkerumun ke tingkap belah kiri untuk melihat objek yang dimaksudkan oleh juruterbang tersebut." Rafael menunjukkan foto yang dia sempat rakam dengan telefon pintarnya.

Imej objek luar biasa di luar tingkap pesawat yang dirakam oleh Rafael Vecchi

"Beberapa minit kemudian juruterbang pesawat menjelaskan bahawa objek tersebut ialah roket yang baru dilancarkan dari Markas Tentera Udara Vandenberg. Saya pernah membaca penulisan biografi Elon Musk (pengasas SpaceX) dan menonton pelancaran roket dalam Youtube sebelum ini. Ini merupakan detik paling mengujakan bagi saya kerana berpeluang melihat pelancaran roket SpaceX dengan mata kepala saya sendiri," ujar Rafael lagi.

Semenjak minggu lalu masih ramai yang menyangka objek bercahaya misteri yang mereka nampak di langit ialah UFO.

Misi Iridium-4

Pada hari Jumaat, 22 Disember 2017 pada jam 5:27 p.m waktu Pasifik, Markas Tentera Udara Vandenberg di California, Amerika Syarikat telah berjaya melancarkan roket Falcon 9 keluaran SpaceX sempena Misi Iridium-4. Ini merupakan satelit keempat daripada 75 buah satelit yang akan dilancarkan oleh SpaceX dalam projek berikutnya Iridium Next yang bertujuan menempatkan manusia di planet lain pada masa depan.

Video rakaman pelancaran Falcon 9 di California

SpaceX

SpaceX merupakan satu-satunya syarikat swasta dalam dunia yang bergiat dalam penghasilan roket dan pesawat angkasa. Ia ditubuhkan pada tahun 2002. Matlamat utama SpaceX ialah memperbaharui teknologi pesawat angkasa bagi membolehkan manusia dari Bumi berpindah ke planet-planet lain. Elon Musk, pengasas serta CEO syarikat SpaceX, memfokuskan planet Marikh sebagai destinasi pertama koloni manusia dari Bumi di masa akan datang. Di samping Falcon 9, SpaceX juga memiliki pesawat angkasa Dragon yang berfungsi mengangkut kargo dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk NASA. Pada bulan Februari 2017, Elon Musk mengumumkan SpaceX akan membawa dua orang individu sebagai pelancong angkasa mengelilingi Bulan pada hujung tahun 2018. Kedua-dua individu yang dirahsiakan nama mereka dikatakan telah membayar deposit kepada SpaceX untuk perjalanan tersebut.

Ibu pejabat SpaceX
Elon Musk, pengasas dan CEO syarikat SpaceX

Projek Falcon Heavy

Setakat ini SpaceX masih dalam proses menyiapkan Falcon Heavy di Cape Canaveral, Florida yang dijangka akan menjadi roket paling berkuasa tinggi dalam dunia menjelang Januari 2018. Teras utama Falcon Heavy melibatkan 3 buah roket Falcon 9 yang digabung bersama bagi membolehkan ia membuat tujahan yang berkali ganda lebih kuat daripada sebuah roket Falcon 9. Antara kenyataan yang dibuat oleh Elon Musk semasa dia ditemuramah tentang projek Falcon Heavy ialah dia ingin menerbangkan kereta syarikatnya Tesla Roadster ke Marikh, "Kereta merah untuk ke planet merah." - Ayuni Rafilah, Misteri Penampakan Di Langit Akhirnya Terbongkar, 27 Disember 2017, 2:17 A.M

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.