PERSONAL

Kondom Perisa Nasi Lemak


Kondom Perisa Nasi Lemak | Semalam Ayuni dan adik perempuan Ayuni singgah di salah satu cawangan kedai My News.Com yang baru dibuka di Medan Tunku. Tempatnya agak luas dan selesa serta lengkap dengan tempat makan, kemudahan penyediaan makanan segera (air panas untuk bancuh minuman pek, ketuhar untuk memanaskan makanan), soket untuk mengecas telefon dan wi-fi percuma. Kami pun masing-masing membeli Maggi Hot Mealz untuk dimakan di situ sambil menumpang guna wi-fi.

Semasa adik Ayuni kembali dari kaunter bayaran, dia pandang Ayuni sambil buat muka pelik. Ayuni bertanya, "Kenapa?"

"Ada ke patut dia letak benda tu di depan kaunter. Nasib baik kita tak terbeli...."

"Apa bendanya?"

"Tu... dekat depan kaunter bayaran tu. Dekat dengan bahagian coklat dan gula-gula. Mula-mula adik ingatkan gula-gula baru. Bungkusan dia nampak berwarna-warni. Adik tengok lagi dekat-dekat, rupa-rupanya kondom. Ciss..."

Ayuni buat muka selamba sahaja sambil menghirup sup maggi perisa tom yam kaw. Adik Ayuni menutup matanya dengan sebelah tangan sambil menggeleng kepala seolah-olah mahu membuang ingatan beberapa minit yang lalu. Dia masih innocent.

Tertanya-tanya juga, syarikat mana yang gila sangat buat kondom perisa nasi lemak? Tak rasa pedas ke err... wanita yang... errr... tak apalah. Jangan fikirkannya.

Rupa-rupanya kondom tersebut memang wujud dan merupakan hasil buatan sebuah kilang di Malaysia. Sudah tentu... nasi lemak kan makanan identiti Malaysia? Tetapi untuk menjadikannya sebagai perisa kondom adalah sesuatu yang pelik.

KAREX PENGELUAR KONDOM TERBESAR DUNIA


Syarikat Karex Berhad yang beroperasi di Pelabuhan Klang, Selangor, dan juga merupakan pengeluar kondom terbesar di dunia, telah melancarkan produk kondom jenama Carex terbarunya iaitu kondom berperisa nasi lemak sejak November 2017. Kondom jenama Carex sebelum ini terkenal dengan pelbagai perisa, termasuk anggur dan durian, dan dalam pelbagai bentuk rekaan.

Menurut ketua eksekutif Karex Berhad, Goh Mah Kiat, Karex mengambil masa enam bulan mengkaji bahannya sebelum memutuskan perisa itu dengan bau seakan-akan santan dan pelincir hangat. 

Syarikat Malaysia itu dilaporkan merekodkan pendapatan US$92 juta (RM395 juta) tahun lalu dan mengeksport lima bilion kondom ke 120 negara. Karex menguasai kira-kira 17 peratus pasaran dunia untuk produk kondom.

Kini Ayuni tidak berselera untuk melihat mahu pun memakan nasi lemak setelah mengetahui hal ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

nona sani berkata...

Hahhaa, lorhhh !
Confuse, ada jugak ehhh !
Ingatkan saja tajuk viral...rupanya betul dijual....errrr~

YunFila berkata...

Memang betul ada jual... huhuhu

Shikin Razali berkata...

Tertanya-tanya apa tujuan sebenar diorg guna perisa yang bukan-bukan..? Kalu strawberi dgn oren mmg ada dijual.. tapi perisa nasi lemak? Durian? Adoii..

Unknown berkata...

Mcm mane nak buat jenama sendiri..boleh buat x?

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.