Burger Wujud 2000 Tahun Sebelum Kemunculan McDonald's | Tahukah anda bahawa makanan burger dan sosej telah lama wujud sebagai hidangan popular masyarakat Yunani purba kira-kira 2,000 tahun sebelum kemunculan kedai makanan segera seperti McDonald's, Burger King, A&W dan KFC?
Malah terdapat senaskhah buku resipi Yunani purba berjudul Apicius dari tahun 4 Masihi yang menunjukkan cara menyediakan satu hidangan bernama 'Isicia Omentata' yang tidak ubah seperti burger patty di zaman moden. Resipi yang berusia 1,500 tahun ini dikatakan menggunakan lada hitam, daging kisar, wain, sos ikan, ketumbar, lemak membran haiwan dan kacang pain dalam adunan.
Konsep pusat makanan segera seperti yang kita kenali sekarang ini juga diperkenalkan oleh kaum Romawi kepada masyarakat Britain di zaman kegemilangan empayar Rom. Pusat makanan segera ini yang dikenali sebagai thermopolia merupakan tempat yang sering dikunjungi golongan penduduk bandar yang sibuk bekerja di Britain pada zaman itu.
5 Komen:
lewat malam tengok gambar burger je dah terliur
dah lame ade rupenye burger ek..
Fuhh lama juga kan kewujudan burger ni.. burger memang kegemaran saya... paling terbaik burger ramly
Baru tau burger rupanya dh lama wujud
burger ni mmg tak pernah jemu..
Catat Komen