4 Perkara Yang Harus Dibuang Menjelang 2018


4 Perkara Yang Harus Dibuang Menjelang 2018 | Setiap kali menjelangnya tahun baru sudah pasti ada azam baru yang dibuat untuk menjadikan tahun depan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Jika anda bukan seorang yang suka membuat azam tahun baru pun, sekurang-kurangnya ada tersemat di dalam diri anda keinginan untuk meraih kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang tahun akan datang. Jom buat semakan perkara yang harus dibuang menjelang 2018 bagi mencapai kehidupan yang lebih bahagia berbanding tahun 2017 dan sebelumnya.


1. Alasan


Apabila anda mengatakan akan melakukan sesuatu, maka lakukan segera dan jangan beri alasan untuk tidak melakukannya. Alasan hanya akan menghalang anda daripada mencapai kejayaan. Anda akan mula mendapati kata-kata anda sendiri menjadi sokongan moral kepada diri anda dan memberi kekuatan untuk anda menempuhi segala kesulitan. Ini kerana anda telah melatih diri untuk berbuat sesuatu tanpa bersandar kepada alasan.

2. Mudah berpuas hati


Ada yang menyamakan sikap mudah berpuas hati dengan rasa bersyukur, namun ini salah sama sekali. Sikap mudah berpuas hati dengan kerja yang tidak dicurahkan dengan tenaga dan keikhlasan sepenuhnya akan mengakibatkan seseorang menjadi malas dan tidak gembira pada akhirnya. Perangai mudah berpuas hati dengan apa yang ada tanpa cuba memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pekerjaan dan kehidupan adalah sama dengan perangai menzalimi diri sendiri. Akibatnya seseorang atau masyarakat yang mudah berpuas hati tanpa ingin melakukan perubahan untuk maju dalam hidup akan menjadi mundur.

3. Manusia negatif


Hidup ini singkat. Maka jangan biarkan hidup anda dirosakkan oleh manusia yang negatif. Contohnya golongan makcik bawang. Orang-orang ini tidak mendatangkan faedah kepada masa hadapan anda, dan jika anda masih menyimpan mereka dalam golongan rakan anda ia menunjukkan tahap keyakinan diri anda sangat lemah kerana anda rela membiarkan orang lain tidak menghormati anda. Oleh itu carilah kawan baru yang tahu menghormati anda dan tidak akan melayan anda seperti sampah.

4. Berlebih-lebihan


Amalkan konsep wasatiah dalam kehidupan anda. Sikap berlebih-lebihan dalam banyak perkara seperti makan, minum, perbelanjaan, hobi, dan sebagainya akan membawa padah jika tidak dikawal. Terutama sekali dalam keadaan ekonomi negara yang tidak berapa stabil ini, maka haruslah anda merancang perbelanjaan dengan teliti. Oleh itu jalani kehidupan yang seimbang dan latihlah diri untuk menjadi lebih berdisiplin dalam membut pilihan. Apabila kehidupan menjadi seimbang, anda akan mendapati diri menjadi lebih produktif dan lebih bahagia. 

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

ZaridaIshak berkata...

Thanks for sharing...

YunFila berkata...

You're welcome :)

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.