Rumah Terbalik Kuala Lumpur


Rumah Terbalik Kuala Lumpur | Rumah terbalik? Isi dalam rumah tu pun terbalik juga ke? Tak pening ke masuk dalam rumah terbalik? Itulah antara persoalan yang bermain dalam fikiran Ayuni sewaktu menyertai rombongan lawatan media ke Rumah Terbalik Kuala Lumpur yang terletak di kaki Menara KL sempena sambutan acara Citrawarna KL 2017. Rumah Terbalik Kuala Lumpur merupakan destinasi yang dituju di samping beberapa tempat menarik lain di sekitar Kuala Lumpur pada hari itu. Ia mula dibuka kepada orang awam pada tahun 2016. Itulah kali pertama Ayuni memasuki rumah terbalik, dan ia memang pengalaman yang mencelarukan minda!

Dari jauh dah boleh nampak rumah terbalik ini dah sedia terbalik. Tengoklah betapa terbaliknya keadaan rumah ini dengan bumbungnya di bawah, lantainya di atas. Pintu depan pun di atas. Macam mana nak masuk ni?

Rumah Terbalik Kuala Lumpur

Mujurlah ada tangga di tepi rumah terbalik yang membolehkan pengunjung masuk ke dalam rumah. Kalau tak mungkin kami cuma boleh tengok dari luar sahaja. Saiz keluasan Rumah Terbalik Kuala Lumpur ini agak sederhana, lebih kurang dalam 2,000 kaki persegi. Rumah terbalik ini terdiri dari dua tingkat dan setiap tingkat mempunyai bilik dengan perabot yang disusun secara terbalik.

Seronok betul pengunjung datang menterbalikkan diri dalam rumah terbalik ini... jika anda inginkan pengalaman seperti dalam kisah Alice in Wonderland, Rumah Terbalik Kuala Lumpur pasti menepati impian anda. Dah jadi macam Spider-Man semuanya...


Info lanjut tentang Rumah Terbalik Kuala Lumpur:

E-mail: klupsidedown@yahoo.com

8 ulasan:

  1. bestnya!!! boleh plan ke sana nanti

    BalasPadam
  2. dari dulu lagi teringin nak pergi tapi sampai sekarang tak pergi2. aduh

    BalasPadam
  3. bestnya ! kena pegi nie..x pegi2 lagi..huhu

    BalasPadam
  4. Poning kepala den. haha

    #AFBdotmy

    BalasPadam
  5. teringin nak pergi tapi tak tahu la bila dptny hee

    BalasPadam
  6. minggu lepas ke Menara KL memang tertarik sangat nak cuba masuk Rumah Terbalik ni. Nampak menarik kan..? Tapi program habis dah petang, hujan pula tu. Memang tak sempat. InsyaAllah rezeki hari lain pergi lagi.. :)

    ...

    BalasPadam

HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP