Cara Letak Kotak Komen Atas Thread


Cara Letak Kotak Komen Atas Thread | Biasanya dalam platform Blogger ruang kotak komen akan berada dalam kedudukan di bawah thread komen, kan? Tapi bukan semua orang suka dengan posisi kotak komen di bawah, terutama sekali bila thread jadi panjang. Bayangkan perasaan pengunjung yang baru melawat masuk blog anda terpaksa bersabar meluangkan masa yang lama untuk scroll ke bahagian thread paling bawah sekali semata-mata hendak mengulas dalam kotak komen blog anda. Itu pun jika dia rajin. Bagaimana kalau ada ratusan pengomen telah meninggalkan komen dalam thread anda? Jenuh dia nak melintasi berjela-jela komen sampai ke bawah.

Jadi apa kata kita mudahkan urusan pengomen yang datang melawat blog kita? Sesungguhnya dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Jom kita ubah kedudukan kotak komen dari ini...

SEBELUM

... kepada kedudukan di atas macam dalam gambar bawah ini.

SELEPAS

Mula-mula backup template anda dulu. Selepas tu pergi ke Theme > Edit HTML dan cari kod di bawah ni:

<div class='comments-content'> <b:if cond='data:post.embedCommentForm'> <b:include data='post' name='threaded_comment_js'/> </b:if> <div id='comment-holder'> <data:post.commentHtml/> </div> </div> <p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.allowNewComments'> <b:include data='post' name='threaded-comment-form'/> <b:else/> <data:post.noNewCommentsText/> </b:if> </p>

Copy paste dan gantikan keseluruhan kod di atas dengan kod baru di bawah ni :

<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.allowNewComments'> <b:include data='post' name='threaded-comment-form'/> <b:else/> <data:post.noNewCommentsText/> </b:if> </p> <div class='comments-content'> <b:if cond='data:post.embedCommentForm'> <b:include data='post' name='threaded_comment_js'/> </b:if> <div id='comment-holder'> <data:post.commentHtml/> </div> </div>

Sekarang cari </body> dan letakkan kod berikut betul-betul di atasnya:

<!-- comment form before comment content starts --> <script src='http://code.jquery.com/jquery-latest.js'/> <script> var yob = $(".comment-replybox-thread").closest(".comment-thread").parent("div").children(".comment-thread").children(".comment-replybox-thread"); jQuery('.comment-thread ol').before(jQuery(yob)); </script> <!-- comment form before comment content ends -->

Klik Save dan lihat hasilnya. Selamat mencuba!

11 ulasan:


HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP