Apabila Tulang Rusuk Terseliuh


Apabila Tulang Rusuk Terseliuh | Buat masa ini Ayuni sedang berehat di rumah akibat terseliuh di bahagian tulang rusuk kanan. Entah bila mula terseliuh tak pasti... rasanya sejak awal tengahari semalam selepas Ayuni mengemas bilik pejabat sebagai persiapan untuk berpindah ke kampus baru bulan depan. Mungkin semasa mengangkat kotak-kotak berisi kertas peperiksaan lama untuk dilupuskan, otot di bahagian rusuk kanan tiba-tiba tergeliat akibat salah pusingan pergerakan. Mula-mula rasa sakit tu muncul dengan rasa tajam di bahagian ata perut, jadi Ayuni ingatkan Ayuni mengalami gastrik dan perlu isi perut. Tetapi bila dah makan masih rasa sakit sampai jadi tak selera makan dibuatnya. Bila rasa sakit mula menikam-nikam bahagian rusuk dan ke belakang pinggang hingga Ayuni susah nak duduk bersandar dan melakukan aktiviti seperti biasa, barulah Ayuni pergi berjumpa dengan doktor. Doktor bagi ubat tahan sakit (painkiller) dan krim sapu tanpa buat pemeriksaan, sebaliknya terus buat andaian Ayuni tersalah posisi masa tidur. Paling bertambah sakit (badan dan hati) bila doktor itu selamba berborak dengan kawan dia lama-lama masa Ayuni tengah menunggu di klinik. Yang jaga kaunter tu pun satu... dah letak fail pesakit langsung tak tolong panggil doktor. Agaknya kalau orang dah mati terkejung di sini pun buat tak tahu saja.

Nasib baiklah Ayuni ada adik dalam bidang perubatan. Dia cepat-cepat buat diagnosis dan periksa badan Ayuni masa di rumah. Selepas tanya beberapa soalan dan menekan-nekan sekeliling bahagian badan dari bahu hingga ke atas pinggang beberapa ketika, baru adik Ayuni mengesahkan yang Ayuni cuma mengalami otot terseliuh di bahagian luar tulang rusuk. Tandanya Ayuni tak mengalami kesesakan nafas dan tak demam. Namun begitu, sakit di bahagian tulang rusuk bukan boleh dibuat main-main kerana ia juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti osteoporosis, lupus, sakit jantung, radang paru-paru, dan keretakan tulang rusuk.

Jadi apa rawatan yang paling baik untuk melegakan sakit otot di bahagian tulang rusuk? Ambil ubat tahan sakit (contohnya Tylenol) dan banyakkan rehat. Boleh juga letakkan ais di bahagian sakit untuk meredakan bengkak, tetapi adik Ayuni kata itu tak perlu sebab tak ada kesan bengkak pun pada badan Ayuni. Senaman ringan juga bagus untuk meregangkan semula otot dan menguatkan semula tisu lembut yang tercedera. Kalau dalam sektor persukanan, ada teknik rawatan dikenali sebagai terapi Sonotron yang digunakan untuk merawat kecederaan peringkat awal tisu lembut dan mempercepatkan proses pemulihan atlet-atlet sukan. Terapi Sonotron adalah teknik yang agak baru dalam rawatan kecederaan tisu lembut di mana ia menggunakan mesin Sonotron yang menghasilkan gelombang korona. Teknik rawatan ini mula diperkenalkan di Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996 untuk kegunaan atlet-atlet sukan negara di sana ketika itu. Sonotron juga banyak digunakan dalam sukan lumba kuda bagi merawat kuda yang terseliuh semasa berlari.

Mesin sonotron

3 ulasan:

  1. Naseb baek adik Ayuni tau diagnosis. Sepupu saya pun pernah juga sakit perut; doktor kata gastrik, bagi ubat dan tak buat pemeriksaan lanjut. Akhirnya dia meninggal akibat cancer perut :(

    BalasPadam
  2. Nasib baik tak serius kak Ayuni. Angkat leklok barangnya hehe...

    BalasPadam
  3. tulang rusuk terseliuh?!? wow sounds macam sangat serious! get well soon Ayuni!

    Which Income Group Do You Belong To?

    BalasPadam

HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP