Header Ads

Chocolate Galore Belgian Waffle Stop Alamanda Putrajaya Memang Terbaik!


Lawa tak hiasan Chocolate Galore Belgian Waffle Stop Alamanda Putrajaya ni? Tengahari tadi Ayuni terserempak dengan booth Waffle Stop Alamanda Putrajaya yang terletak di medan selera kompleks membeli-belah tersebut. Mula-mula Ayuni lalu sahaja depan booth itu sambil menjeling ke arah pelbagai aneka hidangan Belgian waffle yang disiapkan oleh staf Waffle Stop di kaunter. Ada yang terletak buah pic, ada yang diletakkan aiskrim dan ada yang cuma disediakan mentega dan madu di atas permukaan waffle yang panas. Kelihatan ramai pelanggan beratur menanti di depan kaunter. Apa yang menarik hati Ayuni ialah rupa bentuk waffle Waffle Stop yang besar dan tebal. Nampak jauh beza waffle buatan Waffle Stop Alamanda Putrajaya jika dibandingkan dengan waffle di A&W. Beberapa minit kemudian Ayuni kembali semula ke booth Waffle Stop itu dan memesan satu Belgian Waffle untuk dirasa. Memandangkan Ayuni peminat coklat, Chocolate Galore Belgian Waffle menjadi pilihan Ayuni.

Menu Chocolate Galore Waffle Stop agak unik dan menarik kerana ia menggabungkan 4 jenis menu berasaskan coklat yang mereka ada ke dalam satu Belgian waffle (lihat gambar di atas). 4 menu tersebut terdiri daripada Chocolate Marshmallow, Choc Nut, Choc Cookie dan Chocolate Sundae yang amat sedap dimakan bersama sos coklat. Ayuni sangat suka tengok hiasan yang dihasilkan oleh staf kaunter tu dan amaun aiskrim yang diletakkan juga memuaskan hati. Harganya juga berbaloi dengan apa yang Ayuni nikmati iaitu cuma RM16.90 satu set. Di samping Belgian Waffle yang berbentuk bulat dan bersaiz besar (cukup untuk 4 orang makan), pelanggan yang sedang berdiet atau ingin merasa secuit waffle buatan Waffle Stop Alamanda Putrajaya boleh juga mencuba waffle mereka dalam bentuk 'stick' seperti aiskrim batang.

Jika anda berminat hendak merasa Belgian waffle yang enak bolehlah singgah di booth Waffle Stop Alamanda Putrajaya yang terletak di Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

5 ulasan:

  1. Bestnya chocolate waffle. Lagi2 yang ada hiasan macam2 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... ceria dan sedap pula tu ^_^

      Padam
  2. Gabungan waffle dan ice-cream memang sangat sedap.. Kalau satu tak cukup, nak 3 baru puas hati.. muahaha

    BalasPadam