Masa


Masa | Assalamualaikum, pertama sekali nak ucapkan jutaan terima kasih buat Kak Ayuni Rafilah sebab sudi beri aku peluang untuk membebel dekat blog beliau. Hi guys, Iha Zaliza here. Ya tahu dah ramai lupa dan tak ingat lagi siapa minah ni. Siapa suruh tak aktif dekat blog lebih 4 tahun. Dek kekangan masa buatkan aku tak ada masa nak update blog (alasan). So kalau masih ada yang ingat pada aku si blogger pencen, terima kasih diucapkan.

Bercakap tentang 'masa', inilah topik yang ingin aku bincangkan. Sebenarnya masa adalah sesuatu harta yang sangat penting buat kita. Pepatah melayu ada mengatakan 'Masa itu emas', pepatah orang putih pulak kata 'Time is money', orang Sepanyol pun ada pepatah 'No dejes para mañana lo que puedas hacer hoy' yang bermaksud 'jangan tunggu hari esok jika anda boleh lakukannya hari ini' (main pilih je quotes Latin ni, macam sesuai pulak).


Jadi dari semua pepatah diatas merujuk pada satu makna iaitu masa adalah sesuatu harta yang tidak kelihatan tetapi sangat bernilai buat kita semua. Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada hari esok bahkan setiap hari kita lalui dengan teka-teki.

Nak jadi dewasa, nak jadi ketua, nak jadi terkenal, nak jadi bijak, nak jadi berilmu semuanya kita perlu bermain dengan masa. Kerana itu kita perlu pandai seimbangkan keperluan dan kehendak diri agar kita tidak ketinggalan dengan arus detik yang tidak akan berhenti.

Apa yang aku cakap ni bukan sebab aku sempurna. Sebab aku ni spesis lalai dan lemah dalam menguruskan masa jadi aku cuba ingatkan diri aku untuk muhasabah seketika. Sejujurnya sibuk bukanlah alasan utama untuk kita menolak sesuatu yang pernah kita lakukan namun kita tinggalkan di pertengahan jalan.

Contohnya, dulu aku aktif dalam blog, kemudian atas sebab tertentu aku berhenti buat sementara waktu. Bila dah ada ruang yang agak lama, aku pun bertukar jadi blogger pemalas. Blog pun berhabuk. Lupa password pulak tu, hahaha. Jadi aku suka menggunakan perkataan 'sibuk' sebagai alasan utama untuk tidak mengemaskini blog.

Walhal rakan-rakan blogger yang lain turut bekerja, turut mempunyai kerjaya masing-masing yang seratus puluh belas sen kali ganda lebih sibuk dari aku tetapi mampu mengendalikan blog dengan baik. Kerana apa? Kerana mereka pandai membahagikan masa (bahasa mudah faham: diorang rajin aku malas 😃)

Minat adalah kehendak utama dalam diri. Minat inilah yang akan menentukan hala tuju kita. Sibuk macam mana pun kita, kalau kita dah minat sesuatu perkara tersebut kita tetap akan lakukannya. Semoga kita mempunyai minat yang baik supaya masa kita tidak terbuang dengan perkara yang sia-sia. Sejujurnya minat aku yang mendalam terhadap bidang penulisan telah bertukar kepada lukisan. Aku banyak menghabiskan masa dengan melukis. Sekali-sekala aku akan sambung tradisi membebel dekat Facebook untuk mengasah ilmu penulisan.


In shaa Allah jika ada rezeki aku akan buat bisnes lukisan yang diberi nama IHA: I Heart Art dan akan menghasilkan buku motivasi serba-sedikit berkaitan kehidupan aku di hospital.

Kita kena ada target dalam hidup. Pilih seseorang yang telah berjaya dalam bidang yang kita ceburi/minati dan sentiasa set dalam minda 'aku nak jadi macam dia'. Ulang banyak kali sampai kita hafal. Jika kita bersungguh tak mustahil kejayaan akan mengejar kita dan masa akan menyebelahi kita.

Jom cipta semangat baru, jadikan masa sebagai KBTJ (kawan baik till jannah) kita 😉

Yang ikhlas,
Si blogger pencen yang dah lupa password blog beliau.
Bila Budak Banyak Bebel 

10 ulasan:

  1. Kalau ada SOP yan mantop, mungkin lebih senang nak manage masa.

    Mungkin kena buat jadual macam sekolah dulu-dulu.

    Hehehe.

    Jemput join giveaway Pisyek: Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma

    BalasPadam
  2. Lama gak ye pencen 4 tahun.. mama pencen cuma 2 tahun hihii. Apapun welcome back Dan semoga berjaya ye

    BalasPadam
  3. Wah lama jugak pencen blog..good luck pd penulis dan welcome back

    BalasPadam
  4. betul bagai dikata masa itu emas...

    BalasPadam
  5. good luck Iha Zaliza and welcome back!

    BalasPadam
  6. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan mereka yg beriman dan beramal soleh.

    BalasPadam
  7. good luck & moga terus istiqomah dear.

    done follow this blog.#afb

    BalasPadam
  8. dth bw sini. www.aswaleyla.com #afb.my

    BalasPadam
  9. Salam singgah. Awak dijemput join GA saya! Banyak hadiah nak bagi ni ;)

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    BalasPadam
  10. Sama la. Kaklong pun blogger ikot mood. Betul juga tu. Minat kita bertukar berikutan peningkatan usia. Sejak kanak-kanak Kaklong gemar membaca buku dan menulis. Bila dah dewasa ni lebih suka menonton filem dan berkraf. KIta nikmati je perubahan jiwa kita ni, baru syok. (y)

    BalasPadam

HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP