SERAM & MISTERI

Kisah Seram Hotel Amber Court Di Genting Highlands



Kisah Seram Hotel Amber Court Di Genting Highlands | E-mel jemputan ke hotel berhantu? Seperti babak dari sebuah filem seram! Hari ini penuh dalam timeline Facebook di kalangan blogger tentang satu e-mel misteri yang diterima dari penaja sebuah pertandingan bertempat di Hotel Amber Court di Genting Highlands. Hanya 10 blogger akan dipilih dan mereka ditawarkan penginapan serta makanan percuma selama 2 hari 1 malam - tetapi dengan satu syarat, iaitu mereka harus menginap di Hotel Amber Court yang tak kurang dengan kisah seram di sebalik kewujudannya.

Apakah kisah seram Hotel Amber Court di Genting Highlands ini? Bila carian dibuat, muncul banyak kisah seram Hotel Amber Court diiringi dengan gambar-gambar bangunan hotel tersebut yang kelihatan amat usang dan seperti telah lama ditinggalkan manusia. Kebetulan pula, Hotel Amber Court merupakan salah satu kawasan panas bagi golongan penyiasat paranormal mencari entiti. 

Rupa-rupanya kisah seram Hotel Amber Court bermula sejak awal tahun 2000. Setiap kali ada pengunjung yang melalui kawasan hotel ini, mereka akan menceritakan tentang perasaan seram hingga meremang bulu roma apabila melihat keadaan bangunan Hotel Amber Court yang seolah-olah disirami darah. Namun, rupa menyeramkan bangunan ini tidak menghalang orang ramai untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Hotel Amber Court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highlands yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands. Setiap unit dalam blok apartment terdiri daripada 2 bilik tidur, sebuah dapur dan ruang tamu. Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti TV terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

Pengunjuang akan menceritakan tentang perasaan seram hingga meremang bulu roma apabila melihat keadaan bangunan Hotel Amber Court yang seolah-olah disirami darah.

Pemandangan bangunan Hotel Amber Court dari dekat.

Antara kisah seram yang dikongsi oleh mereka yang pernah menginap di Hotel Amber Court ialah di mana tak sampai 5 minit seorang wanita dan pasangannya meninggalkan hotel tersebut selepas mendengar bunyi suara wanita melolong di tingkat 14. Kejadian itu berlaku pada tahun 2009. Dua tahun selepas itu pula, seorang wanita bersama suaminya juga menginap bilik di tingkat yang sama dan dia menceritakan dalam blog miliknya bahawa ada 'sesuatu' yang sedang memerhatinya ketika dia memandang keluar tingkap. Seorang lagi pengunjung pula menulis bahawa dia telah menerima baucar percuma penginapan di Hotel Amber Court melalui ekspo MATTA Fair 2007. Apa yang peliknya, ketika dia menelefon kaunter bantuan pelanggan untuk menukar ke tempat penginapan lain di Genting Highlands, dia diberitahu bahawa kesemua hotel telah penuh kecuali Hotel Amber Court. Akhirnya, pengunjung tersebut membuat keputusan untuk menjenguk Hotel Amber Court bersama abang dan rakannya. Setiba mereka di sana, seorang lelaki yang kelihatan amat tua menyambut mereka di kaunter pendaftaran. Di belakang lelaki tua itu ada tokong merah kecil yang memuja 'Datuk Harimau' (mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, pahlawan Melayu yang menjadi roh/semangat, juga dikenali sebagai 'Datuk Keramat'). Sebaik sahaja mereka melihat keadaan bilik mereka yang usang dan penuh dengan barang-barang antik, pengunjung itu dan abang serta rakannya terus tak jadi nak tinggal di situ. Malangnya ada sesuatu yang mengekori mereka bertiga ketika mereka menuju ke arah kereta di kawasan parkir hotel*...

*kesahihan cerita pengunjung ketiga tersebut agak diragui

Penampakan lagi di kawasan parkir hotel Amber Court, Genting Highlands. Cuba cari.

Namun apa yang paling menyeramkan ialah bangunan Hotel Amber Court telah menjadi asrama bagi pekerja warga asing sejak beberapa tahun lalu dengan bayaran serendah RM300 sebulan. Ini telah menimbulkan kemarahan kira-kira 100 pemilik bangunan apartment itu dan pergaduhan juga hampir tercetus semasa mesyuarat agung tahunan bersama wakil pemaju. Baiklah... kisah ini tidak kedengaran sangat menyeramkan kecuali jika anda seorang pemaju hartanah.


Kebetulan pula tayangan filem Haunted Hotel arahan Ryon Lee bermula di Malaysia pada hari ini. Tahukah anda bahawa penggambaran filem seram ini dibuat Hotel Amber Court di Genting Highlands? Filem ini berjaya meraih RM10 juta selepas ditayangkan di lebih 800 pawagam di China sejak Khamis lalu. Barisan pelakon filem terdiri daripada  Li Chuan, Aom Sushar, Teddy Chin, Nadia Aqilah dan Alvin Chong.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

9 Komen:

Fuzy Hamid said...

huwaaa...mmg sah la tk akan pergi kalau dapat jemputan...ermm rasa mcm best jugak kan...hehe

C i k R e n e x said...

Seramnyaa hotel gituu. Sbb lma xde org lagi la bnda lain dtg tumpang.huhu

Sang aura said...

wowwww! seram nii.. panggil ghost buster laa kalo cenggini.

Sheila Adziz said...

masih broperasi ke hotel ni sis

Mas_FVOME said...

Wow klo betul tmpt dia..cri nahas pula g menginap sna..huhuu

Najah Mustapa said...

pernah baca pasal hotel ni. memang meremang jugala time baca tu.

Rabiahtul Adawiyah said...

seramm

Tunsha Ayunie said...

Benda2 seram ni favourite auni ❤

Kaklong Chan said...

Seramnya... Memang macam berdarah la bangunan tu.. :(

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.