Header Ads

Dapat Hadiah Pokemon Dari Shopee Shocking Spin

Masuk saja pejabat tiba-tiba ternampak bungkusan Poslaju baru sampai dalam kotak depan pintu. Pelik juga sebab Ayuni tak ada pesan apa-apa barang pada minggu lepas. Bila buka bungkusan, rupa-rupanya ada seekor Pokemon di dalamnya. Baru teringat yang Ayuni dapat hadiah Pokemon dari Shopee Shocking Spin sempena Shopee Shocking Sales pada September lalu. Masa tu ada beberapa lucky draw yang dianjurkan oleh Shopee melalui satu permainan roda Shocking Spin, dan antara hadiah lucky draw yang ditampilkan ialah telefon pintar, patung Pokemon, mesin pengisar buah dan pembuat jus, serta fon kepala bluetooth. 


Lama juga hadiah ini sampai ke pejabat Ayuni, lebih kurang sebulan selepas Ayuni terima notifikasi keputusan lucky draw dalam platform Shopee. Hajat nak menang telefon pintar, tetapi dapat menang patung Pokemon pun jadilah... janji ada menang juga sesuatu dari Shopee. Lagipun comel juga Snorlax yang berbentuk bulat ini. Bulunya sangat lembut dan sekali-sekala sesuai dijadikan bantal kepala.

Shopee sekarang dah buka Shopee Mall tau! Dalam Shopee Mall ni kesemua peniaga yang mendapat rank Top Seller (majoriti daripada mereka peniaga dari China) dan kedai rasmi yang dilantik oleh syarikat berjenama (Official Shop) dikumpulkan dalam portal berasingan daripada Shopee biasa dan produk mereka murah-murah belaka. Cuma itulah... memandangkan mereka dari China, pembeli harus menunggu barang sampai hingga sebulan, dan adakalanya postage penghantaran lebih mahal daripada beli terus dengan peniaga tempatan di Shopee yang ada tawarkan penghantaran percuma dan masa penghantaran 2-3 hari. Apa yang penting, pengguna bijak berbelanja dan tahu menilai kepentingan semasa membuat pembelian.

Website Shopee: https://shopee.com.my

6 ulasan:

  1. comelnyaaaa! dapat ni pun best buat bantal hehe

    BalasPadam
  2. wow... tahniah yuni... cantik pokemon tu...

    BalasPadam
  3. Comelnya bulbasor tu.. nak juga >.<

    BalasPadam
  4. bestnya! saya pernah nak beli tapi tak jadi sebab yang saya tengok tu mahal.
    Dahlaa saya suka gila pokemon!

    BalasPadam
  5. wahhh bertuah betul.. beso jugak tu.. tahniah yuni..

    BalasPadam