Header Ads

Ajaran Sesat Di Kedah


Ajaran Sesat Di Kedah | Masih wujud ajaran sesat di Kedah? Tahun lepas sahaja sebanyak 13 kes ajaran sesat yang bertentangan dengan Al-Quran dan hadis dilaporkan di negeri ini sejak Enakmen Jenayah Syariah Kedah dikuatkuasakan. Pada 2 Oktober 2017, 4 orang lelaki telah ditahan di Jitra, Kedah kerana dipercayai menyebar ajaran Syiah. Kelmarin pula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) menerima laporan tentang aktiviti penyebaran amalan ajaran sesat di Kedah berikutan penularan satu klip video yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat tersebut di Pulau Tuba, Langkawi. 


Video berkenaan yang tular di media sosial sejak seminggu lalu menunjukkan seorang lelaki dipercayai Tok Guru yang mempersoalkan mengenai kewujudan Allah SWT, syahadat serta rukun solat. Turut kelihatan beberapa orang lelaki lain sedang menyokong kenyataan tok guru tersebut dalam video berdurasi 6 minit itu. Selain itu, beberapa keping gambar memaparkan rumah dan pondok dipercayai tempat untuk menyebarkan fahaman berkenaan dengan kalimah tertentu, termasuk “Allahu Akbar” dan “Al-Rahim” tertulis di dinding luar pondok berkenaan.


Pengarah JHEAIK, Datuk Abdul Rahman Ismail, berkata pihaknya mengarahkan Pejabat Agama Langkawi melakukan siasatan berhubung perkara itu.

Selain Kedah, negeri Perlis, Johor, Selangor dan Perak juga mencatat jumlah kes amalan ajaran sesat tertinggi di seluruh Malaysia.

Sebagai umat Islam kita harus berhati-hati dengan apa sahaja yang tampil dengan menggunakan nama Islam, kerana bukan semua yang bernama "Islam" itu benar-benar Islam. Jangan mudah terpengaruh atau terpedaya dengan sebarang ajaran yang menyimpang dari fahaman Ahli Sunah Waljamaah. Sebarang ajaran yang bertentangan daripada ajaran Islam sebenarnya haruslah ditolak.

7 ulasan:

  1. selalunya yang menyebarkan ajaran sesat ni pandai berbicara dan pandai menarik orang.
    macam ayah pin contohnya. sebab itu dia ramai pengikut, dan boleh menarik orang untuk mempercayainya.

    moga kita diteguhkan keimanan dan dijauhi dari benda-benda sesat ni

    BalasPadam
  2. moga kita semua terlindung dari fitnah ajaran sesat

    BalasPadam
  3. terima kasih pengkongsian ni ayuni

    BalasPadam
  4. banyak lg ajaran sesat kat belah utara ni...

    BalasPadam
  5. ya allah takutnya..semoga dijauhkan benda2 ni

    BalasPadam
  6. Tak faham juga la macam mana orang boleh terpedaya dengan ajaran sesat ni..
    Semoga kita semua terpelihara..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.