Header Ads

#TheOtherSide of Meizu PRO 7 & PRO 7 Plus: Lihat Kisah Sebaliknya


Audi alteram partem - dalam bahasa Latin ia merujuk kepada situasi di mana suatu kisah tidak harus diketahui pada satu sisi sahaja, sebaliknya dengarlah kedua-dua sisi atau pihak untuk mendapatkan kesahihan kisah tersebut. (Ayuni Rafilah, 2017)

Manusia mudah membuat andaian tanpa menilai kisah di sebalik suatu perkara. Alangkah indahnya kebenaran apabila dua sisi setiap perkara dalam dunia ini dapat dilihat bersama. Walaupun ini mustahil berlaku di dalam semua keadaan, namun anda kini boleh melihat dua pemandangan serentak dengan skrin bersifat dwi-kamera telefon pintar terbaru Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus yang baru sahaja dilancarkan pada bulan September ini.



Dwi Kamera/Kamera Berkembar Utama: Ciri Unik Utama Meizu Pro 7 & Pro 7 Plus

Pertama kali Ayuni dengar tentang skrin dwi-hala Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus, Ayuni membayangkan ada dua imej berasingan dalam paparan satu skrin telefon. Rupa-rupanya konsep rekaan Meizu lain daripada sangkaan Ayuni - Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus memiliki skrin mini sekunder AMOLED yang membenarkan pengguna melihat diri sendiri melalui kamera belakang telefon semasa mengambil selfie (lihat contoh di gambar bawah).


Skrin mini sekunder AMOLED bukan sahaja memaparkan imej selfie dari kamera, malah ia juga memberitahu tarikh kalendar, ramalan cuaca dan boleh befungsi sama seperti Fitbit dengan merekod langkah perjalanan anda. Apa yang membuatkan Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus istimewa berbanding telefon pintar lain ialah ciri dwi-kamera (dual camera) yang memiliki resolusi tinggi iaitu 12 + 12 megapixel. Dengan resolusi sebegini, syot yang diambil nampak sangat terang dan jelas. Sekali pun di zoom, imej tidak pecah dan ini membuat Ayuni menyukai telefon pintar Meizu yang terbaru ini. Bagi peminat selfie pula, anda boleh ubahsuai mod gambar yng diambil kepada Blur Mode dan Beauty Mode. Di bawah ialah contoh gambar yang diambil menggunakan dwi-kamera Meizu Pro 7 Plus:


Di samping itu, anda boleh membuat pemandangan latar belakang gambar kabur dengan menggunakan Meizu Pro 7 Plus. Ciri ini sesuai untuk mereka yang ingin mengetengahkan suatu objek dalam gambar, atau ada benda lain yang tidak sedap dipandang mata telah photobomb gambar anda. Contohnya, jiran yang hanya memakai tuala tiba-tiba lalu di depan kamera semasa anda sedang mengambil foto hari jadi anak.

Sebelum

Selepas


Spesifikasi Meizu Pro 7 & Pro 7 Plus

Dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 dilengkapi skrin 5.2″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan processor MediaTek Helio X30, memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Telefon ini juga dilengkapi bateri berkuasa 3000 mAH yang boleh bertahan sehingga 12 jam. Meizu Pro 7 Plus mempunyai spesifikasi yang sama cuma skrin 5.7″ SAMOLED QHD digunakan. memori sebesar 6 GB RAM dan storan 128 GB. Kuasa bateri pula ialah 3500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0. Di Malaysia, hanya model berwarna hitam sahaja berada di pasaran tempatan.


Lokasi Jualan Meizu Pro 7 & Pro 7 Plus

Ayuni betul-betul tertarik tengok kotak Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus yang unik ini. Rekabentuknya nampak elegan dan futuristik, kan?


Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kini boleh didapati di Malaysia pada harga bermula RM1899 melalui pra-pesanan (pre-order). Untuk info lanjut tentang pembelian Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus, sila layari laman Meizu melalui link di bawah:

Website: meizu.com
Facebook: meizumyofficial
Instagram: meizumalaysia

Lokasi jualan secara langsung: https://goo.gl/3eTbjs


#TheOtherSide - Usah Hukumi Berdasarkan Rupa Luaran

Apakah pendapat anda tentang Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus melalui entri ini? Jom hayati video-video Meizu di bawah yang mengingatkan tentang betapa ramai antara kita lupa untuk melihat kisah sebenar di sebalik hal yang menarik kita untuk membuat andaian melulu tentang seseorang atau sesuatu.


Video 1: Pekerja Cemerlang


Video 2: Anak Gagal


Video 3: Cinta Serius

4 ulasan:

  1. cantik juga hphone ni... tentu laris ni...

    BalasPadam
  2. menarik nni ... mboleh la masuk dalam list nak beli nanti . huhu

    BalasPadam
  3. Smartnya design fon ni.. perggghhh terdodee terus ena

    BalasPadam