Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Misteri Kematian Anggota TLDM Dalam Bilik Tahanan


Misteri Kematian Anggota TLDM Dalam Bilik Tahanan | Satu kejadian yang misteri telah berlaku di Sitiawan, Perak. Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Kem Sungai Wangi kira-kira pada jam 3.15 petang semalam. Apakah yang telah terjadi?

Menurut seorang jurucakap TLDM, kedua-kedua mangsa iaitu Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, sedang menjalani latihan fizikal di dalam bilik tahanan sebelum mereka berdua mengadu kepenatan. Pihak media TLDM melaporkan setelah direhatkan beberapa ketika, mangsa-mangsa kemudian dimasukkan kembali ke dalam bilik tahanan untuk menyambung semula latihan. Mereka kemudiannya mengalami keletihan melampau, muntah dan sesak nafas lalu diberikan rawatan awal oleh petugas di bilik tahanan sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba pada jam 3 petang kemudian. 

Hasil pemeriksaan awal doktor menunjukkan tiada kesan penderaan fizikal terhadap kedua-dua anggota TLDM tersebut, namun pihak TLDM menegaskan mereka akan menubuhkan Lembaga Siasatan untuk meneliti prosedur operasi standard (SOP) latihan fizikal dan menyiasat semula punca sebenar kematian dua anggotanya itu sebelum dimaklumkan kepada ahli keluarga.

“Lembaga Siasatan ini akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi individu yang melanggari prosedur semasa melaksanakan tugas,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Mohd Baihaqy, Bazlin Mohammad, 28, menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan laporan awal kematian suaminya yang dilihat sebagai meragukan. Jururawat berkenaan berkata, arwah seorang yang sihat dan tidak menghidapi apa-apa penyakit.

"Ketika pegawai di tempat arwah bekerja memaklumkan suami meninggal dunia ketika dalam tahanan, saya tidak percaya dia boleh mati begitu sahaja. Takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama?" kata Bazlin semasa sedang menunggu jenazah suaminya di Hospital Ipoh.

"Suami memaklumkan, dia dikenakan tindakan tahanan selepas melanggar peraturan ketika berada di sana, beberapa kali lewat ke tempat kerja. Kali terakhir dia lewat pada Isnin lalu. Dia juga sempat berpesan kepada saya pada malam Ahad untuk mengejutkannya pagi Isnin itu, namun dia terlewat bangun dan masuk kerja lewat. Ketika menghubungi saya, dia berpesan supaya saya tidak risau kerana tindakan tahanan adalah perkara biasa," tambahnya lagi.

Walau apa pun spekulasi yang mungkin dilemparkan oleh orang awam tentang kejadian yang berlaku, punca sebenar kematian mangsa-mangsa tersebut hanya boleh diketahui secara sahih setelah Lembaga Siasatan selesai menjalankan tugas penyiasatan kes.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

9 Komen:

Abam Kie berkata...

Jahatnya mereka..

Sheila Adziz berkata...

uk bahayanya... bar tgk berita ni... nampak sgt tak tgk berita... nice sharing reen

shalimar yusof berkata...

Mati2 skg ni senang...sakit hati pon boleh smpi bunuh..wallahuallam..

Kin Naz berkata...

Entahla tak boleh nak ulas apa-apa. Biarlah pihak berwajib jalankan siasatan dulu

Najah Mustapa berkata...

baru tahu kisah ni. harap pihak berkuasa siasat dengan segera dan dapatkn hasilkan secepat mungkin

Zuhaira Nasrin berkata...

moga jumpa kebenarannya kalau ada unsur khianat ke ape..

no rain khairudin berkata...

owh ini ceritanya..tgk berita kt tv tp separuh j.

Mrs Pip berkata...

Hurm, banyak kemusykilan kenapa mereka boleh mati kepenatan ....

PeRdU cINta berkata...

Moga siasatan lebih telus.

Dikuasakan oleh Blogger.