Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

McFlurry Durian D24 Muncul Kembali?


McFlurry Durian D24 Muncul Kembali? | Ingatkan McDonald's Malaysia dah tak jual Flurry Durian D24 lagi disebabkan stok durian dah habis dalam pasaran. Anehnya, Ayuni jumpa pula McFlurry durian yang viral tersebut di cawangan Medan Tunku, Kuala Lumpur. Gembira betul Ayuni sebab akhirnya berpeluang juga merasa McFlurry durian walaupun dikatakan telah habis dalam pasaran dan terpaksa tunggu tahun 2018 untuk kembali. 

Sedap juga rasanya, tak ubah seperti durian crepe tetapi sejuk dan mempunyai isi durian yang terasa apabila digigit dalam mulut. Rasa lemak durian Musang King betul-betul kena dengan kemanisan aiskrim vanila. Bau durian agak kuat, dan disebabkan bau inilah yang Ayuni perasan bahawa cawangan itu ada menjual McFlurry durian. Peminat durian tegar disyorkan mencuba McFlurry ini, itu pun jika masih ada lagi. Kalau tak terpaksa tunggu lagi kedatangannya tahun depan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

qaseh dalia berkata...

waw xsempAT Try masa viral ari tu

Dedaun Comel berkata...

Belum pernah lagi rasa ni durian mcflury ni.. mungkin kena tunggu tahun depan >.<

Sheila Adziz berkata...

lum pernah makan lg mcflurry durian ni

Dikuasakan oleh Blogger.