Lacteatkies - Lactation Cookies, Biskut Berkhasiat Tambah Susu Badan Untuk Ibu Dan Bayi


Lacteatkies is Organic base lactation cookies that is an excellent and healthy milk booster for moms. Everything is organic for clean eating and enhance milk production. Lacteatkies has decent list of the most well-established lactogenic food or widely known as galactogogue as the main ingredients. These ingredients are rich dietary source of beta-glucan, a polysaccharide that has shown to increase prolactin (known as the breastfeeding hormone) levels. Lacteatkies is as Vegan friendly with Organic Virgin Coconut Oil as the base. It comes in 4 flavours Chocolate Chips for chocolate lovers, Cranberry for burst of fruity lovers and a choice Almond Chocolate Chips or Walnut Cranberry for nut lovers!

Lacteatkies - Lactation Cookies, Biskut Berkhasiat Tambah Susu Badan Untuk Ibu Dan Bayi | Susu badan ibu merupakan anugerah Tuhan yang membawa banyak khasiat kesihatan kepada bayi baru lahir sebagai makanan asas yang membantu membina tumbesaran bayi. Semua orang sudah sedia maklum bahawa susu badan ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Di samping itu, susu badan ibu mudah dihadam oleh bayi baru lahir sehingga berusia 6 bulan serta sentiasa tersedia pada suhu tetap.

Susu badan yang banyak dan berkhasiat unuk bayi merupakan impian setiap ibu yang menyusu

Namun begitu terdapat juga kes di mana ibu tidak dapat memberikan sepenuhnya susu badan untuk bayi kerana halangan-halangan tertentu. Ada di antara kalangan ibu yang kerap kali mengalami masalah-masalah seperti susu badan berkurang, susu terlalu cair dan bayi tidak kenyang kerana tidak puas menyusu. Sudahnya, susu formula dijadikan sebagai pengganti. Tetapi bukan semua susu formula serasi dengan bayi dan dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan bayi.

Yomommies memperkenalkan Lacteatkies - Lactation Cookies

Lacteatkies - Lactation Cookies merupakan produk keluaran Yomommies yang bertujuan untuk membantu ibu-ibu menyusu menangani masalah penambahan susu badan dengan cara yang selesa dan menyihatkan. Sebenarnya idea menambah susu badan ibu melalui pemakanan biskut menyihatkan telah lama popular di negara Barat kerana menggunakan bahan organik sahaja seperti oats, buah-buahan dan kekacang serta sedap dimakan. Kebanyakan resipi biskut penambah susu badan seperti Lacteatkies mengandungi betaglucan, sejenis gula semulajadi yang meningkatkan hormon prolactin bagi membanyakkan susu dalam badan ibu.

Lacteatkies Walnut yang rangup dan sedap!

Biskut Lacteatkies dipek dalam bungkusan kedap udara dan terdiri daripada 4 jenis perisa iaitu Coklat khas untuk peminat coklat, Kranberi bagi mereka yang gemar buah-buahan, Almond Chocolate Chips, dan Walnut Kranberi bagi mereka yang sukakan kekacang. Golongan ibu vegetarian dan vegan juga boleh menikmati biskut Lacteatkies tanpa risau kerana biskut ini dihasilkan dengan bahan-bahan organik yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan. Untuk mendapatkan pek biskut Lacteatkies sekarang, anda boleh pergi ke page mereka YOMOMMIES di SINI.

Di samping biskut penambah susu badan, ibu-ibu kepada bayi yang baru nak tumbuh gigi juga boleh mendapatkan baby teether di YOMOMMIES.

4 ulasan:

  1. bagus lah ada biskut mcm ni, senang nak kunyah2 dan sedap pula tu sambil bantu tambah air susu ibu...

    BalasPadam
  2. Nmpk sedap je tu..bkn ibu bleh mkn x? Tkut keluar susu plak nnti😂

    BalasPadam
  3. wah... menarik ada dlm bentuk biskut lak... nampak pun sedap, duk berebut dgn anak ni klu cam ni... hehe

    BalasPadam

HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP