Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

EVENT

Kunjungi Matta Fair September 2017 Dan Dapatkan Diskaun Sehingga 50% Penerbangan Malaysia Airlines KL-Surabaya

Kunjungi Matta Fair September 2017 Dan Dapatkan Diskaun Sehingga 50% Penerbangan Malaysia Airlines KL-Surabaya | Matta Fair 2017 kembali lagi di bulan September! Mulai 8 hingga 10 September 2017 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (sebelah Sri Pacific Hotel) orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat tentang pakej percutian serta membuat tempahan tiket penerbangan murah dengan mengunjungi pameran Matta Fair. Pameran bermula dari jam 10 a.m pagi sehingga 9 p.m malam. Tiket masuk pameran bernilai RM4 seorang.  

Suasana dalam dewan pameran yang penuh dengan kehadiran ramai pengunjung.



Sempena MATTA Fair September 2017, Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan pergi dan balik pada harga diskaun sehingga 50%. Bagi kelas ekonomi, tiket penerbangan bermula dengan harga RM399 (pergi dan balik), manakala untuk penerbangan kelas bisnes pula adalah RM1699 (pergi dan balik). Murah kan? 

Untuk pengetahuan anda, tambang-tambang perjalanan ini termasuklah: 
- check-in bagasi 40 kg untuk kelas Bisnes
- check-in bagasi 30 kg untuk kelas Ekonomi 
- hidangan makanan percuma 
- in-flight entertainment di dalam pesawat.

Tempoh promosi: 7 September 2017 – 15 September 2017.
Tarikh penerbangan: bermula 29 Oktober 2017



Malaysia Airlines akan menyediakan sebuah booth di Seri Pacific Hotel (bersebelahan PWTC). Di sana juga nanti terdapat trak yang menyediakan bermacam-macam aktiviti menarik dan pelbagai hadiah lumayan untuk dimenangi. Pada yang telah membeli tiket penerbangan di MATTA Fair, anda berpeluang untuk menebus barangan esklusif dari Malaysia Airlines. Yang paling gempak, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan points Enrich Miles berjumlah 100 ribu... bolehlah terbang ke London secara PERCUMA!

Mengambil selfie di booth Malaysia Airlines Travel Fair

Apa lagi tunggu, cepat rebut tawaran hebat ni dan terbang bersama Malaysia Airlines! Jangan lepaskan peluang ni tau sebab tawaran ini berlangsung sehingga 15 September 2017 sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysiaairlines.com.



Malaysia Airlines Tawarkan Penerbangan Terus Dari KL Ke Surabaya

Berita gembira buat semua, Malaysia Airlines kini mempunyai penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Surabaya. Bila sebut saja Indonesia, Surabaya pastinya salah satu destinasi menarik yang sering menjadi tumpuan pelancong termasuk rakyat Malaysia.

Gunung Bromo

Ciputra Waterpark

Pemandangan bandar Surabaya di waktu malam

Memang banyak aktiviti yang boleh anda lakukan jika ke Surabaya contohnya membeli-belah dan merasai sendiri pengalaman berada di salah satu taman tema air terbesar di Asia Tenggara iaitu Ciputra Waterpark. Atau pun anda boleh melawati Gunung Bromo yang mempunyai pemandangan yang sangat indah dan memukau. Memang seronok bila berada di sini.

 INFO LANJUT TENTANG TAWARAN PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.