Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Cucu Cuba Bakar Nenek Sendiri


Cucu Cuba Bakar Nenek Sendiri | Bila baca berita tentang kes remaja disyaki bakar sekolah asrama tahfiz di ibu negara baru-baru ini, sebak rasanya mengenangkan anak muda bawah umur kini tidak rasa bersalah meragut nyawa anak muda lain yang lebih kurang sebayanya. Namun, perkara itu tak mengejutkan Ayuni juga sebab dah banyak kali Ayuni jumpa kes jenayah yang dilakukan oleh budak bawah umur sepanjang sejak 40 tahun ini. Ingat lagi tak kes budak lelaki Cina berusia 12 tahun yang menikam anak guru tuisyennya yang berusia 8 tahun bertubi-tubi hingga mati dengan pisau dapur 20 tahun lalu?

Antara kes yang Ayuni masih ingat sehingga sekarang melibatkan budak lelaki berbangsa Sikh di sekolah mana ibu Ayuni pernah mengajar. Budak itu berusia 9 tahun pada masa itu dan dia dilaporkan cuba membakar neneknya akibat dendam. Ibu Ayuni kata budak itu sangat pandai dan suka bertanya soalan kepada cikgu-cikgunya, tetapi cara dia memandang orang amat menakutkan kerana di sebalik wajahnya yang comel, pandangan matanya serupa pandangan mata serigala. Sebelum kejadian kebakaran itu berlaku, budak itu pernah lari rumah dan curi-curi naik sebuah lori ikan yang menghala ke Singapura. Setelah dia dihantar semula ke Malaysia oleh pemandu lori ikan tersebut, cikgunya tanya kenapa dia lari dari rumah. Jawabnya dia teringin nak melancong di luar negara.

Pada minggu dia dihantar semula ke rumah, neneknya memarahinya dan merotannya sekali atas kenakalannya. Ingatkan budak tu insaf, tetapi lain pula yang terjadi. Neneknya selalu tidur awal, jadi pada suatu malam budak itu keluar mendapatkan minyak tanah dan pemetik api, lalu disimbahnya minyak tanah sekeliling kelambu dan atas katil neneknya. Selepas itu dia nyalakan pemetik api dan cucuh api di hujung bantal neneknya yang sedang tidur.

Mungkin neneknya kuat beribadat ikut ajaran Guru Nanak Sikh mereka, dia sempat terjaga sebelum rentung dibakar atas katil. Itu pun separuh rambut di atas kepalanya dah hangus kena jilat api. Menjerit-jerit nenek tu menyedari api marak di depan mukanya. Nasib baik wanita tua itu sempat memadam api kebakaran sebelum merebak ke seluruh bilik tidur. 

Esoknya, sekolah sekali lagi mendapat laporan disiplin tentang perbuatan budak lelaki itu dan guru besar mengambil tindakan dengan menghantar budak itu ke sekolah Henry Gurney. Ibu Ayuni cerita sebelum dia meninggalkan sekolah dengan guru penolong kanan mengiringinya, budak itu sempat tersenyum sambil melambai-lambai mesra mengucapkan "Bye Bye" kepada semua guru dan budak-budak yang takut hendak jadi kawannya.

*Gambar di atas hiasan semata-mata

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

7 Komen:

Lea Azleeya berkata...

uisss x leh la tgk gambar org kene bakar... gerun betul..

Ayuni Rafilah berkata...

Itulah... gambar tadi macam tak sesuai pula. Kita sendiri pula yang rasa gerun sama, haha. Dah tukar gambar lain. Rasanya yang ini elok sikit daripada gambar awal tadi.

Shahida Dzulkafli berkata...

Adoilah.. Seram baca..

Abam Kie berkata...

jahatnya budak lelaki tu!

eazaq .... berkata...

Macam2 la budak zaman sekarang

Sheila Adziz berkata...

tak ingat dah kisah budak tikam anak cikgu tu... mmg seram2 kisah2 skang ni lg seram lg tgk filem seram... hehe

Zuhaira Nasrin berkata...

tak pernah tahu pun kisah macam ni. tapi bahaya betul anak2 skrg ni, kena didik betul2..

Dikuasakan oleh Blogger.