Cara Membatalkan Pembelian Tidak Dikehendaki Di Chilindo


Cara Membatalkan Pembelian Tidak Dikehendaki Di Chilindo | Sejak Ayuni tulis tentang pengalaman membeli barang melalui sistem lelongan di Chilindo, ramai yang bertanya cara untuk membatalkan pembelian barang di Chilindo sekiranya mereka tak mahukan barang tersebut. 

Sekiranya anda telah memenangi sesuatu pembelian barangan setelah membida dalam Chilindo tetapi kemudian berubah fikiran, jangan bimbang. Selagi anda tidak check out troli barang dan tidak membayar untuk barangan tersebut, pihak Chilindo akan memberi masa kira-kira 3-5 hari sehingga barang anda dikeluarkan semula daripada troli secara automatik. Namun ini biasanya mudah bagi mereka yang ingin membatalkan kesemua barang yang telah berjaya dibida. Bagaimana jika ada di antara barang tersebut anda tak ingin batalkan?

Bagi mereka yang ingin check out dan membuat pembayaran tetapi ingin mengeluarkan barang-barang tertentu anda tiada pilihan lain kecuali menghubungi pihak Chilindo di talian 03-92126866 atau di laman Facebook rasmi mereka dan buat aduan dalam ruang komen post. Pihak Chilindo akan meminta nombor ID barang lelongan yang hendak dibatalkan. Pembatalan cuma boleh dilakukan sekali sahaja mengikut polisi Chilindo. Contoh seperti dalam gambar di bawah:


Laman Facebook Chilindo Maalaysia: https://www.facebook.com/chilindomalaysia/

Semoga info ini dapat membantu anda membatalkan pembelian yang tidak dikehendaki dalam Chilindo.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

13 Komen:

anzrarizal berkata...

saya pernah bida dalam nie , lepas tu bila menang saya tak terus check out konon nak bida barang lain lah , last2 lupa lepas 2-3 hari kot dia dah auto cancel barang yang saya bida tu

Cik Ash berkata...

suami pernah beli dia call terus untuk batalkan barang tu

jida berkata...

kalau ada option pembatalan melalui sistem lagi senang rasanya.

thehaikal berkata...

Sepatutnye kne fikir nak ke tak dulu sebelum bid. Kebanyakan laman web bidding kalau orang buat joybidding (bid suke suke) boleh kena banned.

Chilindo ni kire Baik la kalau dah menang bid boleh cancel2..

I N A A I N A A berkata...

Tak pernah lagi membeli kat sini. Apapun thanks share tips ni, sebab pernah kawan ena tanya ena. Cuma ena tak tahu nak terangkan.

kak gojes berkata...

oooo boleh erk...bagus info ni..nice entri

Awanama berkata...

Mana nak dapatkan no lelongan ye..?

Unknown berkata...

Kalau barang yang dah checkout dan dlm proses penghantaran,masih boleh cancel x

YunFila berkata...

Kalau dah checkout dan dalam proses penghantaran dah tak boleh nak cancel.

Unknown berkata...

Saya nak cansel order di cllindo

Unknown berkata...

cancel oder kasut

Unknown berkata...

Cancel gold plated bracelet and eye liner

Unknown berkata...

Cancel 2 item
Kasut and alat blood plesure thnk you yg lain saya bayar

Dikuasakan oleh Blogger.