Buruk Siku Atau Scam? Apabila Janji Dicapati...

Buruk Siku Atau Scam? Apabila Janji Dicapati... | Belek inbox GMail semalam dan ternampak e-mel dari page Najib Razak [najibrazak.com] yang membawa berita menarik ini:


Apa lagi, bersungguh-sungguhlah kita klik pada tajuk e-mel tersebut. Siapa tak seronok dapat menang hadiah percuma walau sehelai t-shirt pun, terasa diri dihargai sebagai rakyat Malaysia. Terbayang dalam kepala ingat nak buat review tentang hadiah t-shirt itu dalam blog. 


Admin dalam e-mel tu mengatakan t-shirt akan dihantar ke alamat yang telah diberikan. Apa yang pelik ialah macam mana Admin tu tahu alamat mana yang nak dihantar? Tengok bawah notis ada butang kemaskini profil. Paling pelik lagi bila klik pada butang tersebut akan keluar borang yang minta maklumat peribadi yang terlalu terperinci dari nombor kad pengenalan sehingga ke butiran agama, bangsa, dan maklumat pekerjaan. Cuak pula tengok borang yang semacam saja tu... 

Takkan nak tebus hadiah t-shirt kena isi borang yang tanya macam-macam seolah-olah kita nak mohon rumah PR1MA? Hati Ayuni mula berasa tak sedap lepas mengisi borang itu. Beberapa minit kemudian muncul pula e-mel balasan berikut:


Eh... tak dapat pula? Buruk sikunya! 

Bila Ayuni klik balik pada butang borang maklumat tadi, laman yang menghala ke borang tu dah tak ada. Adakah kemungkinan ini ialah taktik scammer untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna media sosial? Rasa nak tarik rambut dibuatnya. Tak lama kemudian Ayuni dapat tahu bahawa ramai yang mengalami perkara sama...




Tak pastilah sama ada:-
  1. Memang ada kesilapan teknikal dari pihak admin page NajibRazak.Com
  2. Emel ini merupakan scam pihak luar yang menyamar menjadi page NajibRazak.Com untuk mencuri identiti pengguna online
  3. Pihak admin memang buruk siku 
  4. Ini konspirasi untuk mendapatkan data peribadi warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi dalam pilihanraya akan datang

Kalau memang betul nombor 3 dan 4 tu, maka nampak sangat janji dicapati. Tak apalah, Ayuni redha. Lagipun PRU dah makin dekat kan?

3 ulasan:

  1. Dah bagi buruk siku pulak..hahaha

    BalasPadam
  2. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. eh eh cam tu lak... bermain dgn teknologi ni mmg byk kesilapannya...

    BalasPadam

HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP