Buku Teks Sejarah Arab Saudi 'Diganggu' Makhluk Filem Star Wars


Buku Teks Sejarah Arab Saudi 'Diganggu' Makhluk Filem Star Wars | Kementerian Pendidikan Arab Saudi menjadi gempar apabila masyarakat tempatan mendapati foto yang memaparkan imej mantan pemerintah Arab Saudi dalam buku teks sejarah negara mereka telah kena 'photobomb' oleh Yoda, salah satu watak terkenal dari filem Star Wars. Dalam foto berkontroversi itu, Raja Faisal sedang menyain perjanjian PBB pada tahun 1945 dengan Yoda di sebelahnya.

Kejadian memalukan tersebut disedari oleh Abdullah al-Shehri, seorang artik grafik berusia 26 tahun yang telah menghasilkan foto tersebut. Menurut al-Shehri dalam temubualnya bersama akhbar New York Times, dia berasa terkejut melihat hasil photoshop miliknya dimasukkan ke dalam buku teks sejarah negaranya. 

"Saya tidak berniat untuk menjatuhkan air muka baginda raja, malah saya tampilkan Yoda di samping raja Arab Saudi terdahulu kerana mereka berdua mempunyai persamaan dari segi kebijaksanaan. Tambahan lagi, warna kulit Yoda yang hijau menyamai warna jubah baginda raja."

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Arab Saudi menyatakan rasa kesal mereka terhadap insiden tersebut dan kini sedang menjalankan proses menarik semula buku sejarah dari semua sekolah, perpustakaan dan kedai buku. Kementerian juga telah memecat pegawai yang bertanggungjawab menyunting buku sejarah itu.

Salah seorang guru di sebuah sekolah Arab Saudi berpendapat bahawa kejadian tersebut merupakan kesan akibat tindakan Kementerian Pendidikan menambah masa pengajaran di sekolah-sekolah negara itu.

5 ulasan:

  1. perghhhh tajuk ade makhluk halus cm seram memulaa..
    jenjalan sambil follow sini #533
    jalan n follow back :D

    BalasPadam
  2. Hahaha memacammm. Boleh pula jadi camtu

    BalasPadam
  3. haish.... punya la tak perasan.... leh lepas

    BalasPadam
  4. Msti penerbit tak check btul2 sebelum cetak tu.

    BalasPadam

HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP