Ramen Samyang Pedas Berwarna Ungu?


Ramen Samyang Pedas Berwarna Ungu? | Kepelikan apakah ini... mula-mula ramen Samyang diperkenalkan dengan bungkusan berwarna hitam, kemudian kuning, biru, coklat keemasan, merah dan kuning cair... kini muncul pula bungkusan berwarna ungu! Seperti yang para penggemar ramen pedas Samyang maklum, warna peket Samyang terdiri daripada:

Warna Perisa
Hitam Ayam
Kuning Keju
Biru Ais
Coklat keemasan Kari
Merah Nuklear
Kuning cair Madu dan Keju

Mengikut sumber yang juga merupakan seorang pemakan ramen pedas Samyang yang tegar, ramen peket ungu ini dinamakan MALA BULDAK BOKKEUMMYEON (Ramen Ayam Pedas Berperisa Mala). Dipercayai bahawa ramen ini mempunyai sos Sichuan resipi dari China yang mampu membuat lidah pemakan menjadi kebas.

Ini peket sos Sichuan.

Antara isi kandungan yang disertakan dalam bungkusan ramen Samyang ungu. 
Bahan dikenalpasti sebagai lobak merah, cendawan dan kubis.

Menurut sumber lagi, sos Sichuan ini diperbuat daripada lada hitam Sichuan yang mengandungi 3% hydroxyalphasanshool dan jika nak dibandingkan dengan cabai burung kampung, pedas lagi cabai burung kampung. Jadi bagi mereka yang ingin nikmati ramen Samyang tetapi takut mengalami cirit-birit kerana tak tahan pedas sangat, bolehlah cuba ramen Samyang ungu ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

7 Komen:

Auni Afeeqa berkata...

Kak ayuni memang tegar mencuba perisa2 Samyang. Ingat Samyang ingat Kak ayuni..

Rabiahtul Adawiyah berkata...

Mcm sedap jer

Mawar Assufi berkata...

Ingatkan perisa tomyam tapi pikiaq balik, ni samyang asal korea. haha

Adam Rimiey berkata...

Tak pernah makan pun...

lokman amirul berkata...

Tak cuba lagi ramen plastik ungu ni.

Fuzy Hamid berkata...

mungkin boleh cuba nanti nii

Awanama berkata...

Samyang ungu ni halal ke? X nmpk tnda halal pun..

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.