Chilindo merupakan laman membeli-belah dibangunkan oleh sebuah syarikat Thailand yang telah beroperasi sejak tahun 2013. Chilindo kini mempunyai cawangan di Malaysia, Chilindo Sdn Bhd, yang berpusat di Kuala Lumpur. Konsep Chilindo agak unik kerana pembeli tidak memilih barangan yang dikehendaki lalu membayar terus di kaunter daftar keluar seperti yang lazim diamalkan di laman membeli-belah biasa, tetapi harus mendapatkan barangan tersebut dengan merebutnya daripada pembeli-pembeli lain melalui bidaan!
Memang bahaya cuba membida barang dalam lelongan Chilindo sebab kesemua barang dilelong pada harga permulaan RM 0.10 dan bertuahlah siapa yang berjaya bida barang tanpa saingan. Namun, lebih mencabar bila bersaing dengan pembida-pembida lain yang bukan sahaja membida daripada Malaysia, malah daripada negara lain seperti Thailand dan Indonesia. Di sinilah yang membuat Ayuni berasa seronok membida di Chilindo - arus adrenalin yang dirasai semasa berlawan harga dengan pembida lain untuk sesuatu barang (walaupun barang tersebut tidak diperlukan pun) memang menyeronokkan! Hanya pembida tegar saja tahu perasaan ini...
Pada mulanya Ayuni berasa ragu-ragu hendak membeli melalui bidaan dalam Chilindo kerana banyak komen-komen yang diberikan oleh pembeli sebelum ini dalam page Facebook berunsur negatif dan menunjukkan bahawa servis Chilindo sangat teruk. Ada yang mengadu dapat barangan rosak, ada yang tidak cukup barang dihantar dan sebagainya. Namun apabila melihat ada rakan blogger yang telah menerima barang bidaan mereka dalam keadaan baik dan mereka berikan review positif, Ayuni pun memberanikan diri mencuba Chilindo. Sekejap saja Ayuni menjadi ketagih membida barang-barang dalam Chilindo sehingga tak sedar troli dah penuh dengan lebih daripada 10 jenis barang!
Selepas mendaftar keluar barang-barang, Ayuni diberi pilihan sama ada nak bayar dulu secara bank in atau bayar kemudian melalui COD (cash on delivery). Kalau bank in dulu, caj bag pengeposan barang ialah RM8 manakala untuk COD ialah RM12. Disebabkan Ayuni masih tidak percayakan servis Chilindo dan bimbang setelah dibayar barang akan sampai lama atau tak sampai-sampai langsung, Ayuni memilih untuk membayar secara COD. Jadi tak payah nak risau kalau barang tak sampai-sampai atau hilang dalam pertengahan jalan sebab kita belum bayar lagi, tunggu masa dia dah hantar semua barang dan tunjuk depan mata kita baru bayar.
Apa yang mengejutkan ialah barangan yang Ayuni menangi melalui bidaan dihantar dalam masa 2 hari saja - hari ini Ayuni check out, lusa dah terima barang. Tambahan lagi. servis kourier Ninja Van yang digunakan oleh Chilindo memang sangat cekap dan memuaskan hati sebab mereka akan hantar SMS dulu untuk memastikan Ayuni bersedia untuk menerima barang sebelum mereka hantar kotak sampai ke dalam pejabat Ayuni.
Kualiti produk jualan/lelongan Chilindo kebanyakannya gred rendah, namun ada juga yang biasa kita nampak terjual di pasar raya, pusat membeli belah dan kedai online pada harga lebih tinggi. Jadi boleh dikatakan berbaloi jugalah membeli daripada Chilindo selagi barang yang dibida itu dibeli pada harga lebih murah daripada harga pasaran. Oleh sebab berpuas hati dengan servis Chilindo, Ayuni membida sekali lagi dan mendapat kotak kedua. Kali kedua ini pun servis Chilindo dan Ninja Van sangat baik seperti sebelumnya.
Namun baru-baru ini Ayuni mendapati sejak makin ramai orang mendapat tahu tentang kewujudan Chilindo, polisi pembelian dan penghantaran laman tersebut juga telah berubah. Antaranya:
Ini sedikit sebanyak merosakkan mood Ayuni untuk membuat bidaan di laman itu lagi. Nasib baik Ayuni sempat terjebak dengan Chilindo sebelum polisinya bertukar. Mungkin ini kali terakhir Ayuni akan melayari laman Chilindo kerana ia dah tak seseronok dulu lagi. Lagipun, Ayuni perasan permainan bida dan lelong dalam Chilindo sekarang mula kena 'rig' sebab akan muncul "pembida" dari Thailand yang kononnya membida sekali dengan pembeli lain sehingga harga minimum tertentu bagi barangan tersebut telah dilepasi. Biasanya Ayuni akan menarik diri awal daripada meneruskan bida dan cuba bida lagi di round seterusnya sekiranya harga minimum bidaan tidak melebihi harga di pasaran. Tetapi ramai yang terkena dengan jerat 'rig' itu, sampai ada yang terbeli barang bernilai RM3 di pasaran pada harga RM30!
Laman membeli-belah: Chilindo.com
Maaf. Dunia ini memang tidak adil.
Pada mulanya Ayuni berasa ragu-ragu hendak membeli melalui bidaan dalam Chilindo kerana banyak komen-komen yang diberikan oleh pembeli sebelum ini dalam page Facebook berunsur negatif dan menunjukkan bahawa servis Chilindo sangat teruk. Ada yang mengadu dapat barangan rosak, ada yang tidak cukup barang dihantar dan sebagainya. Namun apabila melihat ada rakan blogger yang telah menerima barang bidaan mereka dalam keadaan baik dan mereka berikan review positif, Ayuni pun memberanikan diri mencuba Chilindo. Sekejap saja Ayuni menjadi ketagih membida barang-barang dalam Chilindo sehingga tak sedar troli dah penuh dengan lebih daripada 10 jenis barang!
Seronoknya bila dapat beli barang sebegini pada harga RM1
Antara barang pelik yang Ayuni temui dalam Chilindo...
Apa yang mengejutkan ialah barangan yang Ayuni menangi melalui bidaan dihantar dalam masa 2 hari saja - hari ini Ayuni check out, lusa dah terima barang. Tambahan lagi. servis kourier Ninja Van yang digunakan oleh Chilindo memang sangat cekap dan memuaskan hati sebab mereka akan hantar SMS dulu untuk memastikan Ayuni bersedia untuk menerima barang sebelum mereka hantar kotak sampai ke dalam pejabat Ayuni.
Kotak Chilindo berisi barangan yang dibeli melalui bidaan sampai dengan selamat di pejabat.
Barang-barang yang Ayuni bida dan menang.
Kotak kedua dari Chilindo dah sampai!
Hasil bidaan kali kedua.
- pilihan untuk COD tiada lagi; dan
- masa penghantaran telah dipanjangkan kepada 15-20 hari.
Ini sedikit sebanyak merosakkan mood Ayuni untuk membuat bidaan di laman itu lagi. Nasib baik Ayuni sempat terjebak dengan Chilindo sebelum polisinya bertukar. Mungkin ini kali terakhir Ayuni akan melayari laman Chilindo kerana ia dah tak seseronok dulu lagi. Lagipun, Ayuni perasan permainan bida dan lelong dalam Chilindo sekarang mula kena 'rig' sebab akan muncul "pembida" dari Thailand yang kononnya membida sekali dengan pembeli lain sehingga harga minimum tertentu bagi barangan tersebut telah dilepasi. Biasanya Ayuni akan menarik diri awal daripada meneruskan bida dan cuba bida lagi di round seterusnya sekiranya harga minimum bidaan tidak melebihi harga di pasaran. Tetapi ramai yang terkena dengan jerat 'rig' itu, sampai ada yang terbeli barang bernilai RM3 di pasaran pada harga RM30!
Laman membeli-belah: Chilindo.com
29 Komen:
Seronok tengok kawan2 membida. Kaklong takot nak masuk takot terbeli banyak. Naseb baek ayuni ingatkan pasal rig harga tu. Dulu pernah nampak camtu kat ebay. Beberapa kali jugak la terkena. Harap2 Kaklong tak terkena kat chilindo kali ni..
tak pernah try lg..tp kecoh kat fb semua bid..haha. nak try la sekali
Wow byk shopping tu
Tak berani nak terjebak.
Terjebak juga akak dgn ini.
boleh buat review pasal sport kamera tu?
dgr kate skrg ramai kene tipu..brg rosak...pakai brape hari rosak
nak tanya. kalu kita terbida banyak. pastu nak batalkan beberapa barang yang telah kita menang tu bolehkah?
Boleh. Pergi ke laman FB rasmi Chilindo dan pm atau komen dalam post minta batalkan barang-barang yang tak mahu dimasukkan dalam check out nanti (sertakan sekali nombor ID barang tersebut). Pembatalan boleh dibuat sekali sahaja untuk order itu, untuk order akan datang mereka tak akan benarkan lagi buat pembatalan.
salam sis, nk tanya sport cam sis bid dkt chilindo brape dan masih elok ke smpai skrg?
Salam... saya bid sampai RM50+ hari tu. Saya bagi kepada anak saudara, dia kata masih elok digunakan.
bagi saya barangnya lebih kepada berkualiti rendah
terimakasih info berguna dari awak
Pernah bida 2 kali. Menang byk jugak. Tapi, mcm byk benda yg tak digunakan la pulakkk yg menang tu. Last2, tak beli pun. Hmm.
salam sis ayuni.. tadi saya pilih cod masih ada tapi x tau lah berapa lama
hi , kak. saya bida harga underwater tu sampai rm17.5 ( include rm6 yg dia nak tu ) , saya ingin mintak pendapat akak , harus saya beli ? , saya suka dgn brg tu , tapi hm
Kadang2 Chilindo ni menipu je. saya hari ni saya saja layan chillindo ni, saya pilih untuk bid rm0.10 je coz xmau rugi. barang2 chillindo kebanyakan ade je kat diy dan ternyata lagi murah. hehehe.. tadi saya try bid untuk barang yang xlaku.. belum habis masa, tiba2 ending. bila click kat barang tu, ternyata kena bid baru. awat td die ending macam tu je, masa lambat lagi kot. nampak tak permainan chillindo. hihihihi
Sya nk tanya... Boleh kita bid barangan chillindo thailand... Cara bayaran nya tq
Boleh, masuk ke laman chilindo.com dan tambah /th di belakang URL. Cara bayaran masih sama iaitu melalui ATM transfer, kad kredit dan COD.
Salam..sy nk ntye ye..sy ade dpt bida 3brg mlm.smlm..pstu ptg ni trus smpi..tp bkk.kotak..brg yg btul 1 je..2lg xde..1 tu brg lain..mcmane ye ?
Kalau macam tu kena buat aduan kepada bahagian bantuan khidmat pelanggan Chilindo dan minta penjelasan serta ganti rugi untuk barang yang tiada daripada mereka...
Memangbenar Chilindo menipuorang ramai. Katanya barang-barang yang bida itu akan dihantar dalam masa 1 hingga 3 hari, tetapi setaeh pembayaran dibuat 28/8/2019 sehingga hari barang-barang itu tidak di terima. Apabial buat panggilan telefon pihak chilindo memberi bermacam-macam alansan. Bida dengan Chilindo kita kena berjaga-jaga, kerana Chilindo tidak ikut separeti tertera dalam lamanwe mereka./ sungguh tipu. Minta orang ramai jangan bida apa-apa barang dengan Chilindo. Boleh pilih Shopee atau Lazxada.
Dh byr duit dh tolak.. Tp rekod msih belum selesai pembayaran.. Mcm mne tu.. Bleh bntu x.. Nk call n mesej kt mne
@Unknown (11 Jun 2020 2:50 PG)
Boleh cuba hubungi Chilindo melalui telefon: 03-6419 5038
Atau mesej mereka di Facebook: m.me/chilindomalaysia
?
ya sama mcm saya.. dulu pernah bid.. dan dpt harga jauh murah dari pasaran.. dibayar COD.. setelah lama tinggal.. akhir2 ni try balik utk bid tv.. setelah berkali2 kalah dan teliti setiap bidder yg menang.. saya perasan 1 benda.. seolah ada akaun dari cillindo yg akan up harga sampai kesasaran yg dia kehendaki.. jadi kesimpulannya takkan lagi ada harapan utk dapatkan harga bawah pasaran di cillindo.. bye cillindo
Makin lama makin best chilindo ni. macam2 brg ada.
belum cuba, belum tahu,
sudah cuba, baru tahu.
hahaha
aku baru dpt barangan preasure air tp hod dari gun x boleh masuk ke pump...rassnya berenti la melanggani cilindo ni
dr
Post a Comment