Header Ads

Tips Mencegah Akaun Facebook Daripada Kena Lock


Sejak kebelakangan ini ramai rakan blogger yang ditemui membuka akaun Facebook baru gara-gara akaun lama mereka kena 'lock' oleh sistem pengurusan Facebook. Antara alasan akaun mereka kena 'lock' ialah terdapat aktiviti "meragukan" dijalankan ke atas akaun tersebut.

Ada juga yang menyalahkan laman permainan kuiz online yang banyak dikongsi dalam newsfeed masing-masing kerana laman sebegitu akan meminta kebenaran untuk mengakses akaun pengguna Facebook, namun tiada bukti kukuh bahawa itu puncanya. Walau bagaimana pun, memang bagus untuk mengamalkan sikap berhati-hati dan ambil tindakan untuk mencegah ancaman yang boleh dibawa oleh laman lain ke atas akaun Facebook yang mengandungi maklumat peribadi pengguna.

Nota: Sedikit tips untuk anda yang mahu buang pautan laman permainan kuiz seperti m.testony.com, Meoww dan sebagainya - pergi ke Facebook Settings. Klik pada Apps. Remove segala app yang telah meminta anda kebenaran untuk mengakses akaun anda. Selesai.

Berikut merupakan antara punca utama mengapa akaun Facebook pengguna kena lock:

1. Jangan guna nama perniagaan untuk nama akaun peribadi di Facebook. Walaupun ini nampak macam tidak ada apa-apa, namun sebenarnya pihak pengurusan Facebook sangat mengambil berat tentang hal ini dan menganggap status yang anda kongsi di bawah nama perniagaan sebagai spam. Sebaliknya, gunalah nama sebenar dan letakkan pautan ke akaun perniagaan atau laman perniagaan anda dalam ruangan 'About'.

2. Fahami dan patuhi peraturan Facebook. Anda baca tak dulu "Terms & Services" yang ditulis sebelum anda klik butang "I Agree"? Kemungkinan anda ada melakukan sesuatu yang melanggar etika dan peraturan yang disebut dalam polisi Facebook.

3. Jangan terlampau kerap mempromosikan perniagaan anda melalui akaun peribadi. Jika anda terlalu kerap mengiklankan perniagaan anda dalam Facebook, akaun anda mungkin akan kena lock kerana dianggap spam. Jarakkan masa perkongsian promosi dalam masa yang bersesuaian.

4. Jangan terlampau kerap berkongsi link ke blog anda. Seperti mana dinyatakan dalam nombor 3, begitu juga dengan penulisan review. Jika terlalu kerap disiarkan secara berulang ia akan dianggap sebagai pengiklanan perniagaan dan akaun pengguna tersebut akan ditanda sebagai mengandungi "aktiviti meragukan". Cuba jarakkan masa perkongsian dalam masa yang bersesuaian.

5. Anda hanya boleh ada SATU akaun peribadi Facebook. Facebook membenarkan pengguna memiliki akaun perniagaan (business page) sebanyak mana yang mahu, namun cuma satu akaun peribadi sahaja yang dibenarkan dibuka dalam Facebook.

6. Elakkan daripada menghantar Add Friend Request banyak-banyak. Walaupun anda jenis yang suka berkawan, namun pihak pengurusan Facebook akan menganggap anda spammer jika anda menghantar banyak Friend Request kepada pengguna lain, terutama sekali kepada orang yang tak mengenali anda. Apabila anda menerima banyak Decline Request daripada mereka yang tidak sudi berkawan dengan anda, akaun anda akan dianggap sebagai mengandungi "aktiviti meragukan".

7. Pastikan anda tidak log masuk melalui laman phishing. Punca ini merupakan yang paling kerap ditemui di kalangan pengguna Facebook yang mana akaun mereka kena lock. Mangsa akan menerima e-mel yang berbunyi seperti ini: 

"Your account is temporarily locked
We’re working hard to make sure that everyone on Facebook uses their real identity.
In order to regain access to your account, click here and complete the security check."

Abaikan e-mel tersebut dan jangan klik pada link yang diberi. Link tersebut akan memaparkan borang log masuk seolah-olah milik Facebook dengan tujuan untuk mencuri kata laluan anda.

Anda ada tips atau pengalaman akaun kena lock dengan Facebook? Jemput komen di bawah.

4 ulasan:

  1. Baikkk.. berita paham..hehehe

    BalasPadam
  2. nice sharing....kita pon pernah kena cam tu...send email kat fb ...baru dapat access balik..

    BalasPadam
  3. Situasi sy lain sikit ataupun sama je kot, hujung bulan 6 tahun lepas sy tengah main game fb dan tiba2 dia ter log out sendiri, bila sy nk log in semula fb minta sy tukar nama krn apentah lupa sebabnya, itu nama fb sy ditukarkan kpd Kuih Muih Raya, keesokkannya bnda yg sama jd dan kali ni sy dah xblh tukar nama dan xblh log in fb..sekitar 2 bulan lepas sy cuba bukak fb barulah boleh..ok dah habis ceritaaaaa....

    BalasPadam